Posted on

Atasi Perut Buncit Dengan Cara Yang Paling Mudah (Bukan Sit Up!)

Tips-tips mengatasi perut buncit semakin berlambak di internet. Antara tips yang selalu berada dalam senarai ialah senaman sit-up. Namun, sejauh mana gerakan sit up boleh membantu anda? Tidak kiralah samada sit up, crunch atau mana-mana senaman abdominal, takkan dapat membantu banyak sekiranya anda memang obese. Risiko sakit tengkuk dan belakang pula yang akan meningkat kelak. Tetapi ini bukan bermakna senaman abdominal tak bagus. Senaman ini lebih sesuai bagi mereka yang nak tone-up perut, bukan untuk menghilangkan perut buncit. “Jadi kalau sit-up tak efektif, apa yang saya boleh buat?” Ada satu senaman yang anda boleh lakukan untuk hilangkan perut buncit. Lebih baik lagi, ianya sangat mudah. Jadi, apakah ia?

 

Berjalan kaki.

 

Senaman ini berimpak rendah jadi risiko kecederaan pun dapat dikurangkan. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Lousiana State University, mereka mendapati bahawa berjalan kaki selama dua jam setengah setiap minggu dapat mengurangkan lemak perut sehingga 1 inci dalam masa sebulan. Mereka juga mengatakan bahawa aktiviti berjalan kaki akan mengurangkan lemak perut terlebih dahulu sebelum beralih ke bahagian lain. Selain itu, Wake Forest University pula membuat kajian terhadap 45 wanita obese dan mendapati bahawa mereka yang berjalan kaki selama 30-55 minit, tiga kali seminggu berjaya mengurangkan sel lemak abdominal sehingga hampir mencecah 20%.

 

Akhir sekali:

Lemak perut sangat berbahaya kerana lokasinya yang terletak di bahagian abdomen. Jadi lemak perut, juga dikenali sebagai lemak visceral, akan melekat pada permukaan organ-organ dalaman dan ini akan meningkatkan risiko penyakit jantung. Menurut National Institute of Health, risiko kematian bagi wanita yang berukuran lilit pinggang melebihi 28 inci adalah dua kali ganda berbanding dengan wanita yang kurus. Oleh sebab itu, menyingkirkan lemak perut menjadi sangat penting di dalam usaha menjalani kehidupan yang lebih sihat.

 

Walau bagaimanapun, senaman abdominal bukan cara yang paling efektif untuk perut buncit kerana fokus anda adalah untuk menghilangkan lemak perut. Jadi anda perlu lebihkan tumpuan kepada pembakaran kalori dengan melakukan kardio dan strength training, yang digandingkan dengan diet yang sihat. Paling senang, berjalan kaki sahaja!

 

Entri: Tini Lorna Lim