Masuk tahun baru ini, maka ramai juga yang meletakkan sasaran baru. Salah satu sasaran yang cukup popular di ambang New Year adalah untuk melakukan transformasi fizikal, samada daripada gemuk ke kurus, ataupun kurus ke tegap. Kalau anda mempunyai sasaran seperti ini tapi tak tahu nak mulakan macam mana, mujurlah anda sedang membaca entri ini!
Kami nak bantu anda untuk mulakan langkah ke arah versi anda yang lebih baik. Jadi, apa kata kita lihat benda-benda yang anda perlu lakukan untuk merealisasikan transformasi.
1. Nyatakan Hasrat
Anda kena perjelaskan, apa yang anda mahu sebenarnya. Adakah anda mahu fokus pada menjadi kurus, ataupun fokus anda untuk membina badan. Tanpa sasaran yang jelas, susah untuk anda cari program latihan yang bersesuaian dengan anda.
2. Tempat Latihan
Dekat mana anda nak berlatih. Di rumah, di taman, ataupun di gym? Sememangnya, kalau anda dapat daftarkan diri ke mana-mana gym, itu adalah paling terbaik. Walaupun begitu, tak ada masalah untuk berlatih di luar gym. Cuma, anda kena pastikan anda memang konsisten berlatih.
3. Belajar Asas Pemakanan Dan Latihan
Apa-apa benda sekali pun anda nak buat, perlulah dilakukan dengan ilmu dan informasi yang betul. Dua benda penting dalam dunia kecergasan adalah ilmu pemakanan dan juga asas latihan. Anda tak boleh main makan sahaja dan main hentam dengan latihan. Jangan risau, kami akan kongsikan dengan anda nanti informasi-informasi yang anda perlukan!
4. Mulakan Latihan Ringan
Silap ramai orang adalah memulakan latihan mereka secara hardcore terus. Kalau badan anda tak biasa bersenam dan anda mula dengan keras, keesokan harinya, badan anda akan sakit menyebabkan anda skip latihan. Mula dengan ringan dan perlahan-lahan, naikkan intensiti daripada semasa ke semasa. Dengan cara ini, badan anda tak sakit sangat dan anda akan lebih konsisten berlatih.
5. Follow Medofu
Ini langkah yang paling penting dalam transformasi anda, iaitu untuk follow Medofu bagi mendapatkan informasi-informasi fitness yang terbaik! Jangan lupa untuk kongsikan Medofu dengan kawan-kawan dan bantu mereka juga untuk merealisasikan impian transformasi mereka.
Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)