Pernah tak anda tanya soalan-soalan seperti “macam mana nak bakar lemak dekat perut” ataupun “macam mana nak kecilkan bahagian tangan”? Soalan-soalan ini adakah berkaitan spot reduction, ataupun menumpukan satu-satu bahagian untuk bakar lemak.
Ada sesetengah orang senang kumpul lemak bahagian perut, ada bahagian peha, ada yang kumpul lemak di tangan, dan macam-macam lagi. Disebabkan fenomena beginilah ramai bertanya cara untuk spot reduction.
Dengan persoalan begini juga, ramailah yang ambil kesempatan untuk push product yang dikatakan dapat membakar lemak di bahagian-bahagian tertentu. Ada yang mempromosi produk mesin stimulasi elektrik, ada pula mesi getaran, ada yang sapu-sapu, dan tak lari juga produk-produk kesihatan yang dikatakan ajaib.
Mungkin produk-produk ini boleh membantu anda untuk membakar lemak, tetapi bukan secara spot reduction. Untuk betul-betul buang lemak di bahagian tertentu, anda kenalah lalui pembedahan medikal. Jika tidak, anda tak boleh spot reduce lemak dalam badan.
Untuk bakar lemak dan kecilkan bahagian-bahagian yang anda nak kecilkan itu, anda kena mulakan dengan pemakanan dan latihan. Pemakanan adalah prioriti nombor satu, kemudian barulah latihan.
Bagi latihan pula, jangan anda buat senaman untuk bahagian yang anda nak bakar lemak sahaja! Ramai nak kempiskan perut, lalu mereka buat senaman perut. Yang nak kecilkan tangan pula tak habis-habis main dumbbell. Ini adalah konsep yang salah. Latihan anda seharusnya berpaksikan senaman kompaun yang melatih seluruh badan. Apabila anda membina otot, maka anda akan bakar lemak daripada seluruh badan.
Ya, anda tak boleh spot reduce lemak dalam badan kerana lemak akan dibakar secara menyeluruh. Dan, secara amnya, lelaki akan bakar lemak di bahagian perut paling terakhir sekali lepas lemak bahagian lain dah terbakar, manakala wanita pula akan bakar lemak secara last-last di bahagian pinggul dan peha.
Untuk bantuan pemakanan, apa kata anda guna sahaja servis Medofu yang menyediakan anda pemakanan sihat untuk anda mulakan perjalanan kurus anda.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)