Medofu Kitchen

Log In

 

Setiap tisu dalam badan mengandungi jumlah air yang berbeza-beza. Sebagai contoh, tisu lemak mengandungi kira-kira 10% air, manakala tisu otot pula mengandungi lebih kurang 75% air. Secara umumnya, jumlah kandungan air bagi lelaki sepatutnya dalam lingkungan 50-65% dan julat ideal bagi wanita pula ialah 45-60%. Jadi anda boleh lihat di sini bahawa kandungan air dalam badan kita sangat mempengaruhi berat badan juga. Tips yang berikut akan membantu anda menyingkirkan berat air dengan selamat.

 

Minum air: Nak hilangkan berat air tapi kena minum lebih banyak air? Pelik kan? Untuk lebih jelas, minum air yang secukupnya. Jangan kurang, jangan lebih. Hal ini kerana, apabila kandungan air anda mencukupi, tubuh akan menggunakan dan menyingkirkan air dengan lebih efisien.

 

Kurangkan pengambilan garam: Sodium boleh bersembunyi dalam apa sahaja yang anda makan. Walau bagaimanapun, makanan segera, makanan bertin dan makanan berproses mengandungi garam yang lebih tinggi. Jadi, anda boleh mulakan dari situ.

 

Makan buahan dan sayuran: Tembikai, strawberi, oren, timun, kubis, bayam dan sebagainya adalah makanan berkhasiat yang kaya dengan kandungan air. Pengambilan ‘natural diuretic’ akan membantu anda mengekalkan hidrasi tubuh dengan baik.

 

Bersenam: Kegiatan bersenam membantu melancarkan peredaran cecair dalam tubuh khususnya kepada pesakit diabetis yang cenderung kepada penahanan air. Sesi senaman harian boleh membantu memperbaiki masalah kerintangan insulin dan seterusnya mengurangkan berat air.

 

Pilih karbohidrat yang menyihatkan: Mengurangkan pengambilan karbohidrat sudah tentu akan membantu anda menyingkirkan berat air dengan lebih cepat. Namun, pengurangan karbohidrat yang keterlaluan akan menjadikan anda kurang bertenaga dan ianya akan mempengaruhi prestasi senaman juga. Daripada mengelakkan karbohidrat, lebih baik jika anda memilih sumber karbohidrat yang lebih sihat seperti gandum penuh (beras perang, oat), kekacang, sayuran dan buahan. Elakkan sumber karbohidrat bertapis (refined carbohydrate) kerana ia akan menyebabkan penahanan air dalam tubuh.

 

Entri: Tini Lorna Lim