Mungkin anda ada sedikit idea dengan tahap kecergasan anda, maksudnya anda tahu anda berada di tahap mana. Tetapi, sekadar tahu sahaja tak cukup, anda kena cuba uji tahap kecergasan tersebut.

 

Apakah kepentingan menguji tahap kecergasan? Selain daripada untuk mengetahui tahap kecergasan anda, ujian dilakukan supaya anda dapat wujudkan satu baseline ataupun pemula untuk merekod pencapaian latihan anda. Gunakan beberapa cara ini untuk mengukur tahap kecergasan anda!

 

Degupan Jantung Semasa Rehat

Tahap kecergasan jantung dapat diukur dengan kadar degupan jantung semasa rehat. Kadar degupan yang sihat ialah antara 60-100 degupan dalam seminit. Degupan jantung boleh dikira dengan menggunakan jari yang diletakkan di pergelangan tangan. Gunakan jam randik dalam telefon pintar anda untuk kemudahan mengira.

 

Ujian Berjogging 2.4KM

Cuba anda berjogging sejauh 2.4KM dan lihat berapa lama masa anda perlukan untuk habiskan jarak jogging ini. Kalau anda mengambil masa lebih lama daripada senarai di bawah, fitness anda kurang dan perlu diperbaiki.

Umur Wanita: Minit Lelaki: Minit
25 13 11
35 13.5 11.5
45 14 12
55 16 13
65 17.5 14

 

Ujian Push-Up

Push-up menguji kekuatan dan ketahanan otot anda. Jika anda masih baru, anda boleh buat push-up variasi mudah iaitu dengan meletakkan lutut di lantai. Kalau anda dah kuat, buat cara biasa. Jika anda tak mampu lakukan seperti senarai di bawah, anda perlu berlatih untuk jadi lagi kuat.

Umur Wanita: Jumlah Lelaki: Jumlah
25 20 28
35 19 21
45 14 16
55 10 12
65 10 11

 

Tiga jenis ujian ini adalah antara yang paling biasa dilakukan. Ada banyak lagi ujian lain yang anda boleh buat, tetapi yang itu kita akan kongsikan nanti. Sekarang, Admin mahu anda cuba lakukan ujian-ujian ini dahulu dan kongsikan hasilnya bersama kami!

 

Kalau anda nakkan lebih banyak informasi berguna berkaitan dunia kecergasan, apa kata anda ikuti Medofu untuk sentiasa mendapat notifikasi terkini.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)