Medofu Kitchen

Log In

Apa guna berlatih kalau kita tak tahu samada kita sedang beransur maju ke hadapan atau tidak? Lagi sedih kalau dah berlatih lama, kita ingat dah banyak perubahan dapat, tapi rupanya kita sedang tersangkut pada satu tempat sahaja!

 

Oleh itu, kita perlukan cara-cara untuk mengukur kemajuan latihan kita. Daripada situ juga, kita dapat tahu samada latihan yang kita buat berkesan atau tidak.

 

Ada banyak cara untuk kita mengukur kemajuan latihan. Cara yang paling obvious ialah dengan menimbang berat badan dari minggu ke minggu lain. Cuma, melalui cara ini sahaja, anda akan dapati banyak perubahan sementara, yang paling ketara ialah turun naik air dalam badan. Dengan menimbang sahaja, kita tak tahu kita turun lemak ataupun turun otot.

 

Jadi, apakah cara lain selain daripada menimbang berat untuk mengukur kemajuan latihan?

 

1. Body Fat Percentage

Cara yang paling terbaik untuk mengukur kemajuan adalah melalui pengiraan body fat percentage. Anda boleh gunakan body fat caliper untuk kiraan mudah, tetapi kiraan lebih tepat dapat dilakukan melalui peralatan canggih. Servis-servis tersebut banyak disediakan sekarang di merata tempat.

 

2. Hip-To-Waist Ratio

Nisbah pinggang ke pinggul juga adalah cara yang bagus untuk mengukur keberkesanan latihan anda. Cara ini lebih kepada pengukuran visceral fat, iaitu lemak-lemak dalam badan anda. Berbeza dengan body fat caliper, ia mengukur lemak subcutaneous, iaitu lemak di bawha kulit.

 

3. Saiz Pakaian

Kalau anda tak ada peralatan seperti body fat caliper atau penimbang bioimpedance untuk mengukur peratusan lemak badan, anda boleh guna cara yang sangat-sangat mudah iaitu melalui saiz pakaian anda. Tengok, adakah saiz anda semakin mengecil? Bagi lelaki, adakah bahagian pinggang semakin longgar tetapi bahagian dada dan tangan makin ketat? Macam mana dengan seluar? Anda boleh niai sendiri.

 

4. Beban Angkatan

Selain daripada saiz pakaian, cara yang mudah juga untuk mengukur keberkesanan latihan adalah melalui bebanan yang anda gunakan semasa berlatih. Adakah anda boleh angkat makin berat? Jika ya, maksudnya anda makin kuat dan ini membawa maksud latihan anda berkesan.

 

Mudah sahaja, bukan? Macam-macam cara yang anda boleh guna untuk ukur kerberkesanan dan kemajuan latihan anda. Nak taknak sahaja, rajin-rajinkan untuk merekod progress anda kerana tanpa rekod, anda tak tahu perjalanan anda.

 

Jika anda mahukan lebih banyak tips dan panduan fitness, jangan terlepas lagi kerana semuanya ada di medofu.com sekarang!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)