Selalu orang kata, kalau nak kurus kena mulakan dengan penjagaan makan. Kerana apa, pemakanan kita adalah prioriti nombor satu apabila kita bercakap tentang turun naik berat badan. Badan kita akan naik apabila kita makan lebih daripada sepatutnya, dan akan turun apabila kita kurang makan.
Tetapi, untuk lebih tepat lagi, bukan sebenarnya kurang makan. Kita kena kurangkan kuantiti kalori yang kita ambil kalau nak kurus. Boleh sahaja makan banyak dengan kalori rendah, iaitu dengan memakan makanan rendah kalori seperti sayur-sayuran.
Semuanya betul, kalau nak kurus kena mula dengan diet. Tetapi, ini tidak bermakna anda patut ketepikan senaman. Diet memang boleh menguruskan anda, tetapi ia tidak cukup optimum. Anda kena masukkan rutin senaman untuk membantu proses penurunan berat badan anda.
Dalam badan kita, ada pelbagai jenis hormon. Salah satunya adalah ghrelin, iaitu hormon lapar. Apabila anda bersenam, hormon ini kurang dirembeskan, menjadikan anda kurang lapar. Kalau diet sahaja, anda akan rasa seperti nak makan sahaja!
Senaman juga membantu anda untuk membina kekuatan dan otot yang lebih besar. Makan boleh meningkatkan metabolisme, tetapi tidak begitu tinggi. Senaman adalah cara terbaik untuk meningkatkan metabolisme supaya badan boleh bakar lebih banyak kalori.
Sebab itu jugalah, anda kena titikberatkan kedua-duanya. Tak ada istilah pemakanan 70% dan latihan 30%. Kedua-duanya adalah 100%!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)