Medofu Kitchen

Log In

Ladies! Fear not, haid bukan satu penghalang daripada aktiviti harian anda. Kenyataan yang menyatakan bahawa kedatangan bulan (haid) ialah satu isyarat untuk anda rehat dan ‘binge’ eating, adalah mitos semata-mata.

 

Sewaktu haid, badan akan merembeskan pelbagai jenis hormon seperti estrogen, progesterone. Sewaktu senaman, badan akan mengeluarkan hormon endorphin yang membantu untuk melegakan sakit dan melancarkan haid. Selain itu, hormon ini dapat meningkatkan mood swing dan kelegaan sewaktu di bulan ini. Endorphin for the win! Dari segi aktiviti, tidak ada sebarang sekatan untuk wanita untuk tidak melakukan aktiviti fizikal atau lasak. Ini bergantung kepada individu itu sendiri.

 

Seperti yang kita tahu dalam kitaran haid, terdapat empat fasa;

1- Menstruation

2- Follicular phase (start period)

3- Ovulation

4- Luteal phase

Menurut kajian, tahap selera makan adalah lebih tinggi, sewaktu di fasa luteal (seminggu sebelum haid), terutamanya makanan manis. Bagi mereka yang ingin menjaga konsistensi pemakanan atau diet, anda digalakkan untuk mula sewaktu di fasa follicular, di mana selera makan kebiasannya rendah. Bagaimanapun, tahap selera makan setiap individu adalah berlainan, maka digalakkan untuk sentiasa semak, kemas kini dan fahami kalender kitaran haid anda bagi menyenangkan proses merancang diet anda.

 

Sewaktu tahap selera makan atau craving tinggi, salah satu cara untuk kekalkan konsistensi diet anda ialah dengan menggantikan dengan makanan yang lebih ‘diet proof’ misalnya dark chocolate. Ia bukan sahaja mampu turunkan tahap craving makanan manis tetapi mampu jugak untuk kurangkan kembung atau bloated sewaktu PMS (Pre- Menstrual Cycle). Jika anda tidak mampu teruskan diet anda di fasa ini, tidak mengapa. Ambillah ‘diet break’ sebentar tetapi awasi pengambilan makanan.

 

Dari segi senaman/latihan, mengikut kajian wanita lebih kuat di fasa follicular dan lebih senang untuk aktifkan ‘gains’. Seminggu sebelum dan selepas haid adalah waktu yang optimum untuk latihan/senaman. Contoh program latihan yang anda boleh cuba ialah, sewaktu di awal fasa follicular, cuba buat strength training (bebanan berat dalam reps yang sedikit) manakala di minggu akhir fasa follicular, buat hypertrophy (bebanan ringan, tingkatkan intensi latihan).

 

Akhir kata, listen to your body! Lain individu lain responnya. Maka, kenali diri anda dahulu. Jika badan anda inginkan rehat, maka ambil masa untuk berehat.

 

Entri: Min (@minzejxmin)