Intermittent fasting (IF) adalah berpuasa di dalam satu tempoh masa. Sama seperti berpuasa di bulan puasa cuma dengan sedikit twist. Perbezaan antara IF dan berpuasa di bulan puasa adalah IF membenarkan sebarang pengambilan makanan dan minuman yang tiada kalori (0 kalori) asalkan tiada kemasukan glukosa. Disebalik mengamalkan pengambilan makanan yang sedikit, IF lebih menggalakkan ke dalam penggaturan pemakanan.

Kebaikkan Intermittent Fasting (IF)

  1. Mengurangkan berat badan
  2. Menurunkan bodyfat (lemak badan)
  3. Merendahkan kolestrol
  4. Detoksifikasi badan
  5. Regulasi hormon

Jenis-jenis Intermittent Fasting (IF)

  1. Alternate Day Fasting: 36 jam puasa/12 jam berbuka
  2. Eat Stop Eat: 24 jam puasa/1-2 kali seminggu
  3. The Warrior Diet: 20 jam puasa/4 jam berbuka
  4. The Fast-5 Diet: 19 jam puasa/5 jam berbuka
  5. Leangains: 16 jam puasa/8 jam berbuka

Sebagai permulaan yang ingin menggabungkan IF di dalam rutin anda, saya galakkan menggunakan method Leangains dahulu. 16jam berpuasa (fast), 8jam berbuka (feed). Sebagai contoh;

9-10malam sehingga 1-2petang berpuasa (Fast)

1-2petang sehingga 9-10malam berbuka (Feed)

Masa berpuasa dan berbuka adalah terpulang dengan individu. Tidak semua harus mengikuti jam yang sama kerana perbezaan kegiatan harian. Cuba gunakan mengikut rutin harian anda.

Fungsi IF ini adalah untuk menjimatkan anda atau membantu anda mengurus pengambilan kalori anda. Anggap IF ini sebagai satu tool yang membantu anda dalam pemakanan anda. Selain itu juga penggunaan IF adalah bagus sewaktu anda cutting (berada di calorie deficit) kerana bila anda ‘potong’ meal, secara automatiknya anda save dan halang diri anda dari mengambil lebihan kalori dan ikut pengambilan kalori anda.

Akhir kata, cuba incorporate Intermittent Fasting (IF) di dalam diet anda. Gunakan sebagai satu tool untuk capai matlamat anda dan amalkan dalam kehidupan seharian. Semakin lama anda biasa dengan IF, anda akan jadi lebih kreatif dalam menggunakan IF tidak mengenal waktu.

Semestinya, anda akan dapat pelbagai kebaikkan dalam mengamalkan Intermittent Fasting (IF). Selamat mencuba!

Entri: Min(@minzejxmin)