No Pain, No Gain
Bersenam tidak perlulah sampai rasa sakit yang keterlaluan. Rasa lenguh atau ‘sore’ memang biasa dialami oleh beginner. Tetapi kalau otot masih rasa sakit 48 jam kemudian, ia bermakna tisu-tisu yang meliputi fiber otot sedang mengalami keradangan akibat daripada koyakan mikroskopik (koyakan halus). Dalam situasi ini, berikan masa untuk proses pemulihan otot sebelum meneruskan rutin senaman seperti biasa. Jika dipaksa, ia akan mengundang kepada risiko kecederaan yang lebih serius.
Kalau berhenti bersenam, otot akan bertukar menjadi lemak.
Perkara ini mustahil kerana otot dan lemak adalah dua jenis tisu yang berbeza. Tidak mungkin boleh berubah kepada satu sama lain. Situasi yang sebenar ialah, apabila berhenti bersenam, anda akan kehilangan jisim otot (muscle atrophy). Dalam masa yang sama pula lemak tubuh semakin bertambah.
Tingkatkan kadar pembakaran lemak dengan bersenam lebih lama tapi rendahkan intensiti.
Tidak kisahlah berapa jumlah peratusan tenaga yang digunakan semasa bersenam, samada daripada lemak atau karbohidrat. Yang paling penting, kadar pembakaran kalori. Lebih tinggi intensiti senaman anda, lebih banyak jumlah kalori yang dibakar untuk setiap minit. Namun begitu, golongan beginner disarankan untuk bermula dengan intensiti rendah bagi mengelakkan sebarang kecederaan otot atau sendi. Apabila semakin cergas, bolehlah naikkan intensiti secara berperingkat.
Senaman akan menyembuhkan masalah kesihatan yang dihadapi.
Tidak dinafikan bahawa rutin senaman membawa perubahan yang positif terhadap kesihatan jasmani, mental dan gaya hidup anda. Ia juga mengurangkan risiko mengidap penyakit serius seperti penyakit jantung, darah tinggi, diabetis dan sebagainya. Namun individu yang memang mempunyai masalah kesihatan, masih memerlukan khidmat nasihat daripada doktor bagi memastikan rutin senaman yang diamalkan adalah selamat.
Bersenam sememangnya akan membantu anda dengan mengawal tekanan darah, mengurangkan tahap kolesterol, mengurangkan simptom artritis dan memperbaiki kesihatan metabolik. Namun, tiada jaminan bahawa penyakit yang dihadapi akan sembuh sepenuhnya hanya dengan bersenam sahaja. Anda masih perlu makan ubat secara teratur dan mengamalkan pemakanan yang sihat.
Entri: Tini Lorna Lim