Terdapat pelbagai- BANYAK jenis diet yang terdapat di luar sana. Dari diet yang pengambilannya hampir 80% sayur-sayuran ke diet yang hanya mengambil sepenuhnya dari bahan organik dan diet yang tidak titik beratkan pengambilan makanan bergula dari semasa kesemasa. Mana satu yang sesuai mengikut goal anda?
Terlebih dahulu kita leraikan jenis-jenis diet yang popular di kalangan kita;
1. DIET ATKINS
Diet Atkins mengamalkan konsep low-carb untuk mengawal tahap insulin di dalam badan. Apabila individu mengambil karbohidrat yang banyak, tahap insulin mereka akan meningkat dan badan akan menggunakan karbohidrat di dalam badan sebagai punca tenaga berbanding lemak.
Individu yang mengamalkan diet ini, mengambil lebih banyak mackronutrient protein dan lemak untuk mengelak makanan yang tinggi karbohidrat.
Jadi, dengan mengamalkan konsep ini, badan akan trigger untuk menggunakan lemak sebagai punca tenaga, mengurangkan selera makan dan sekaligus, memastikan penurunan berat badan dengan pantas.
Konsep utama diet ini adalah menyingkirkan toksin di dalam badan untuk menurunkan berat badan dengan pantas. Sudah ramai (terutamanya wanita) mengamalkan diet Detox ini sebagai ‘shortcut’ diet mereka.
Terdapat pelbagai jenis dan cara untuk mengamalkan diet detox ini. Ada yang mengambil minuman seperti jus detox, teh herba, dan ada sesetengah diet detox yang menekankan pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Tetapi, secara asasnya semuanya mengamalkan prinsip yang sama,
- Mengurangkan jumlah makanan yang berkimia dengan mengambil makanan yang berorganik.
- Menekankan pengambilan makanan yang tinggi dengan vitamin, nutrient dan antioksida yang perlu untuk detoksifikasi badan.
- Menekankan makanan dan minuman yang tinggi dengan fiber untuk meningkatkan kekerapan pergerakan usus dan kencing.
3. DIET PALEO
Diet Paleo atau dikenali sebagai diet Caveman (zaman batu) menekankan pengambilan makanan yang organik. Secara ringkasnya, mengambil makanan yang ada di zaman batu dahulu.
Diet ini include pengambilan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dan kacang. Techinically makanan yang organik- natural dan mengelak makanan yang berproses, gula, tenusu (dairy) dan bijiran (grain).
Apa yang boleh diambil?
- Daging yang di-grass fed (makan rumput & tumbuhan) bukan grain-feed (makan bijirin)
- Fowl (ayam) atau itik, turkey atau sekawan dengannya.
- Ikan yang liar, bukan dibela.
- Sayur- sayuran yang tidak digoreng
- Minyak seperti minyak zaitun (olive oil), minyak kelapa (coconut oil)- minyak yang organik
- Kekacang sebagai snek, bukan berbag-bag.
4. INTERMITTENT DIET
Intermittent diet mengamalkan konsep berpuasa. Technically bukan sejenis diet tetapi satu kaedah untuk mengurangkan makanan dengan menandakan masa untuk makan.
Untuk keterangan lebih dalam tentang diet ini, boleh cuba refer ke post sebelum ini https://medofu.com/intermittent-fasting/
5. DIET “NO RICE”
Sinonim dengan namanya, diet ini popular di kalangan kita dan caranya senang- cut off nasi sepenuhnya. Mereka berpendapat bahawa nasi adalah punca kenaikkan berat badan dan jika mengurangkan nasi, ia dapat menurunkan berat badan.
Ini adalah serba sedikit jenis diet yag popular di kalangan kita. Secara konklusi, diet apakah yang sesuai untuk anda?
Jawapannya- it depends. Tidak kisahlah apa jua jenis diet yang anda ikuti, yang penting adalah jumlah kalori yang anda consume. Jika anda ingin mengurangkan berat, anda harus berada di dalam kalori deficit, dan jika anda ingin menambah berat, anda haruslah berada di dalam kalori surplus.
Entri: Min (@minzejxmin)