Medofu Kitchen

Log In

Ramai sangka yang senaman terbaik untuk kurus adalah berjogging, bukan? Itu adalah tanggapan yang kurang tepat. Senaman terbaik bukanlah berjogging yang anda kerap lakukan itu, tetapi Admin tak kata ia tidak bagus.

 

Kalau kita persoal tentang yang mana lebih berkesan, ada lagi jenis senaman lain yang jauh lebih baik daripada berjogging. Menggunakan konsep intensiti, senaman terbaik untuk bakar lemak adalah apa-apa senaman berintensiti tinggi. Berjogging dikira intensiti rendah-sederhana.

 

Senaman berintensiti tinggi adalah jenis senaman yang akan buat anda termengah-mengah meskipun baru mula bersenam. Contohnya seperti berenang, berlari, mengayuh basikal naik bukit, dan senaman-senaman bodyweight seperti rutin Freeletics serta macam-macam lagi!

 

Pernah rasa jantung berdegup laju lepas naik tangga yang tinggi? Bukan itu sahaja, kaki pun rasa terbakar. Itu adalah senaman berintensiti tinggi, dan itu yang terbaik untuk membakar lemak! Ya, turun naik tangga lebih baik daripada berjogging, sebenarnya.

 

Kenapa senaman begini lebih baik untuk bakar lemak berbanding senaman rendah intensiti?

 

Satunya, ia membakar kalori lebih banyak. Sewaktu anda lakukan senaman berintensiti rendah, anda memang akan bakar banyak kalori semasa bersenam berbanding yang berintensiti tinggi. Tetapi, isinya adalah pada kebolehan senaman berintensiti tinggi untuk bakar jauh lebih banyak kalori selepas anda habis bersenam selama 72 jam!

 

Maksudnya, walaupun anda dah habis bersenam dengan senaman berintensiti tinggi, anda masih membakar kalori meskipun anda sedang baring-baring di rumah. Ini dipanggil afterburn effect. Senaman berintensiti rendah juga ada, tetapi tak sehebat kesan daripada senaman intensiti tinggi.

 

Untuk mengetahui tahap intensiti terbaik, kita gunakan skala RPE, iaitu rate of perceived exertion. Tahap intensiti terbaik untuk bakar lemak adalah apabila rehat seketika daripada bersenam, anda berasa susah untuk bercakap sepatah-dua perkataan kerana keletihan. Nah, apabila anda capai tahap itu setiap set, itulah intensiti yang kita cari!

 

Tak perlukan alat hebat-hebat jika anda tak mampu memilikinya. Gunakan skala RPE (kita ada score daripada 1-10 tetapi Admin dah mudahkan untuk anda) untuk mengukur intensiti.

 

Jika anda perlukan lebih banyak tips fitness, layari Medofu supaya anda tidak ketinggalan lagi informasi terbaik!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)