Karbohidrat (carbohidrat/carbs) merupakan antara makronutrient yang penting untuk badan kita selain protein dan lemak. Entri kali ini, kita akan kenali serba sedikit tentang karbohdirat, fungsi, jenis dan contoh makanan yang berkarbohirat.
Kenali Karbohidrat
Terdapat dua (2) jenis karbohidrat,
- Simple Carbs
- Complex Carbs
Selain perbezaan dari segi struktur kimia, perbezaan antara kedua jenis karbohidrat ini adalah, kemudahan atau kepantasan digestion (pencernaan) dan penyerapan (absorption) apabila dipecah (break down) di dalam badan.
FUNGSI KARBOHIDRAT
Sama seperti lain-lain makronutrient (protein & lemak), karbohidrat berfungsi sebagai sumber utama tenaga untuk badan.
Apabila karbohidrat dicerna (digest) ia akan bertukar menjadi glucose (digunakan di dalam sel badan dan otak) dan lebihan glucose yang tidak digunakan digelar glycogen akan disimpan di dalam otot dan hati (liver) untuk digunakan kemudian.
Jika berlebihan pengambilan karbohidrat, penyakit yang kerap berlaku adalah obesiti dan kencing manis. Manakala, jika kekurangan pengambilan karbohidrat, badan akan mengalami kesan negatif terhadap sistem kardiovaskular.
SIMPLE CARBS
Simple carbs atau dikenali sebagai simple sugar (gula ringkas) adalah karbohidrat yang cepat dicerna (digest), rendah dengan fiber (serat) dan nutrient, dan berpotensi tinggi dengan gula tambahan. Oleh kerana karbohidrat ini ‘dibina’ daripada short-chained group of sugars (kumpulan rantai gula yang pendek), ia lebih mudah bagi mereka (karbohdirat ini) untuk diserap di dalam badan dan sekaligus, menyebabkan rasa tenaga tergesa-gesa dengan segera atau sugar rush selepas pengambilan.
Sebagai contoh, makanan atau minuman yang ditambah gula tambahan seperti makanan segera (fast food) atau minuman bergas, soda. Secara ringkasnya, ia masih karbohidrat tetapi ia tidak menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan.
Selain makanan yang diproses (process food) dan minuman, antara makanan yang terdapat di dalam karbohidrat ini adalah, buah-buahan, sayur-sayuran dan susu.
COMPLEX CARBS
Berbeza dengan simple carbs, complex carbs atau dikenali sebagai starches (kanji) adalah karbohidrat yang ‘dibina’ daripada long-chained group of sugars (kumpulan rantai gula yang panjang). Disebabkan ini, complex carbs mengambil masa yang lebih lama untuk dipecah (break down) dan membolehkan tenaga untuk dilepaskan dengan lebih perlahan, dan beransur-ansur.
Whole grains (biji-bijian), legumes (kekacang) dan sayur-sayuran adalah antara contoh complex carbs. Complex carbs mengandungi fiber (serat) dan vitamin, mineral, dan nutrient selain menyediakan tenaga dalam bentuk kalori.
Karbohidrat yang kita makan haruslah di bawah kategori complex carbs dan simple carbs (buah, sayur-sayuran, dan susu) dan bukannya refine carbs (roti putih, pasta, dll) atau makanan dengan gula tambahan (gula-gula, dan soda).
Karbohidrat memain peranan yang penting dalam diet kita JIKA diambil dengan portion yang betul. Pastikan anda memilih jenis karbohidrat yang bersesuaian untuk membantu memperbaiki diet anda.
Entri: Min (@minzejxmin)