Medofu Kitchen

Log In

Berlatih di gym bukanlah sesuatu yang kompulsari untuk anda lakukan jika anda nak ubah gaya penampilan anda, mungkin daripada gemuk ke kurus, atau kurus ke sado. Tetapi, jika anda berpeluang untuk berlatih di gym, janganlah lepaskan peluang tersebut! Ada banyak kelebihan berlatih di gym yang boleh anda manfaatkan.

 

Cuma, jangan jadikan apa yang Admin kongsikan ini sebagai alasan untuk anda tak bersenam meskipun tak mampu nak mendaftarkan diri sebagai ahli gym. Senaman tetap senaman, tak kira di mana anda lakukan. Jika anda hanya boleh bersenam di taman awam, maka lakukan!

 

1- Tenaga Pengajar Sedia Membantu

Di gym, kita ada trainer-trainer yang sedia membantu anda untuk mengajar tentang senaman. Ramai fikir trainer hanya ada untuk tunjuk anda cara guna mesin-mesin di gym, dan kalau trainer tersebut hanya ajar cara guna mesin di gym, itu bukanlah trainer terbaik.

 

Tugas trainer adalah mendidik anda dengan asas-asas latihan untuk transformasi diri. Maksudnya, trainer seharusnya tahu cara untuk merangka program yang bersesuaian dengan anda. Ramai ingat masuk ke gym dan main semua mesin dah boleh jadi. Mereka tak tahu yang sebenarnya mereka patut ikut program-program latihan tertentu untuk berjaya.

 

2- Variasi Senaman Yang Banyak

Memang betul kalau anda berlatih di luar seperti latihan calisthenics, juga ada banyak variasi senaman. Tetapi, senaman-senaman di gym dan variasi yang ada serta kebolehan untuk memilih bebanan yang bersesuaian dengan anda adalah lebih sesuai bagi yang baru nak mula.

 

Tak semua orang boleh lakukan push up, bodyweight squat, pull up, tetapi mesin-mesin di gym membenarkan pergerakan yang sama pada intensiti yang lebih rendah bagi membina kekuatan asas. Apabila anda dah mahir yang asas, nak berubah kepada yang lebih kompleks juga mudah dengan kemudahan di gym!

 

3- Suasana Yang Memotivasikan

Apabila anda dah lama dalam gym, anda akan nampak muka-muka yang sama ulang alik ke gym. Kalau mereka dah jadi kawan anda, itu adalah lebih baik. Yang Admin nak cakap adalah perubahan pada diri mereka yang anda boleh jadikan sebagai motivasi kepada diri anda juga.

 

Sebenarnya, yang lebih penting dalam proses transformasi diri, bukanlah motivasi tetapi konsistensi. Anda rasa semua yang pergi gym bermotivasi setiap hari? Tidak, tetapi mereka paksa diri untuk datang juga. Hasilnya, mereka sendiri yang untung kerana matlamat mereka tercapai.

 

Konsisten dengan latihan dan konsisten dengan pemakanan. Macam mana nak konsisten dengan pemakanan? Medofu ada caranya, dan biar kami bantu anda dengan diet transformasi anda!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)