- Kesihatan mental merupakan isu yang sangat penting dan perlu diutamakan juga seperti kesihatan fizikal. Walau kesihatan mental adalah sesuatu perkara yang tidak dapat ‘dikawal’ secara fizikal, dengan meningkatkan atau mengekalkan kesihatan fizikal, kesihatan mental dapat serba sedikit membantu dalam merawatinya.Anxiety, depression (kemurungan), ADHD, trauma dan sebagainya adalah antara contoh masalah kesihatan mental. Selain dari penggunaan ubatan (yang dibawah pengawasan doktor pakar) dan altenatif lain, antaranya ialah mengekalkan gaya hidup yang aktif atau ‘a healthy lifestyle’.Terdapat pelbagai kajian yang menyokong bahawa latihan (exercise) atau mengekalkan gaya hidup yang aktif dapat membantu kesihatan mental. Antaranya adalah;
- Latihan aerobik seperti jogging, berenang, berbasikal dan juga berjalan terbukti mengurangkan rasa anxiety (kebimbangan) dan depression (kemurungan).
- Program berstruktur berkesan untuk individu yang mempunyai penyakit mental yang serius, dengan mengubah gaya hidup dan peningkatan aktiviti intensiti sederhana.
- Latihan adalah sangat penting kepada pesakit dengan schizophrenia kerana pesakit-pesakit ini sudah terdedah kepada obesiti dan juga kerana risiko tambahan berat badan yang berkaitan dengan rawatan/ubatan seperti antipsychotic, terutamanya atypical antipsychotics.
- Meningkatkan konsentrasi, motivasi, memori dan mood terutamanya pesakit ADHD. Ini kerana pesakit ini memerlukan something (benda) yang memerlukan konsentrasi yang berfungsi dengan cara yang samaseperti Ritalin dan Adderall (ubatan untuk ADHD).
- Ini adalah kerana dengan mengekalkan gaya hidup aktif dapat;
- Meningkatkan kesihatan mental dengan mengurangkan kebimbangan, kemurungan, dan mood negatif dan dengan meningkatkan self-esteem dan fungsi kognitif.
- Mengeluarkan hormon seperti Endorphine yang membuat badan fizikal rasa tenang (relax), dan melegakan ketegangan (tension) di badan. Logiknya, kerana kedudukan badan dan minda adalah dekat, apabila badan berasa baik, energetic, minda juga akan berasa begitu.
- Secara konklusinya, senaman atau dengan mengekalkan gaya hidup yang aktif mampu membantu seseorang dengan masalah kesihatan mental selain mendapat manfaat dari kesihatan fizikal. Remember, “A healthy body is a healthy mind”
Entri: Min (@minzejxmin)