Bukan orang muda sahaja yang nak jadi makin sihat dan kuat serta berketerampilan menarik, yang dah 4-series pun makin ramai terlihat di gym-gym setempat. Baguslah, sebab latihan sesuai dilakukan semua orang tak kira umur dan jantina!
Mungkin anda risau nak mulakan latihan sewaktu umur sebegini. Mana taknya, orang kata bila dah meningkat usia, kenalah berjaga-jaga sebab semuanya senang “lari”. Ada betulnya juga, tapi sama dengan yang muda. Tersilap langkah, pun boleh “lari”.
Macam mana latihan yang sesuai dilakukan oleh mereka yang dah 4-series dan ke atas? Sebenarnya, tak jauh beza dengan yang muda. Bagi Admin, 4-series pun masih muda. Orang kata, life starts at 50, betulkah begitu?
Cuma, ada beberapa perkara yang harus berjaga-jaga, seperti pakaian keselamatan terutamanya kasut, pilihan gym, pengudaraan yang lancar semasa bersenam dan lain-lain. Kita tak mahu peningkatan risiko untuk jatuh melalui kasut yang tidak sesuai, risiko pitam sebab gym panas atau pakaian terlalu tebal, dan beberapa benda lain.
Pemakanan juga harus lebih teliti. Lebihkan juga pengambilan susu ataupun tablet kalsium untuk tulang. Bukanlah nak kata tulang anda rapuh, tapi mencegah itu lebih baik, bukan?
Latihan yang sesuai dilakukan, seperti yang dikatakan, sama dengan yang muda. Tapi, kalau anda baru nak mulakan latihan, mula secara perlahan. Amalkan latihan seluruh badan yang mengutamakan senaman kompaun seperti:
- Squat
- Bench press
- Deadlift
- Barbell row
- Overhead press
- Pull up
- Dip
Semua ini adalah senaman yang menguatkan seluruh badan, terutamanya otot core yang sangat penting untuk kita jaga sewaktu umur begini. Tahukah anda, latihan bebanan turut membantu untuk mengukuhkan tulang kita?
Mulakan latihan anda secara ringan dan bina kekuatan daripada bawah. Tambah bebanan sikit demi sikit dan jangan tinggalkan kardio.
Kalau anda nakkan lagi banyak info menarik berkaitan dunia kecergasan, jangan lupa untuk ikuti kami di laman Medofu, meal prep provider terbaik anda!
Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)