BMR adalah singkatan kepada terma basal metabolic rate yang bermaksud kadar penggunaan tenaga badan dalam situasi yang konstan. Kita mudah faham sebagai begini, BMR bermaksud nilai kalori yang digunakan badan setiap hari untuk berfungsi.
Untuk mengekalkan berat badan, anda kena makan sama banyak nilai dengan nilai BMR. Jangan keliru dengan DCR (daily caloric requirement), BMR adalah nilai kalori yang diperlukan badan, manakala DCR adalah nilai kalori yang anda kena ambil untuk capai sebarang sasaran anda.
Kalau anda nak kekal lean atau nak mempercepatkan proses pembakaran lemak, anda kena tingkatkan BMR anda supaya masa rehat di rumah ataupun hari tak pergi ke gym pun, badan anda masih menggunakan kalori yang banyak untuk berfungsi. Dengan itu, pembakaran lemak akan berlaku dengan lebih cepat dan mudah berbanding yang mempunyai nilai BMR rendah!
Melalui latihan bebanan, anda akan tingkatkan jisim otot. Tahukah anda, otot memerlukan tenaga untuk berkerja? Kehendak kepada tenaga inilah yang akan meningkatkan nilai BMR anda. Jadi, lagi banyak dan kuat otot anda, lagi tinggi nilai BMR harian.
Selain daripada itu, latihan bebanan akan mengaktifkan satu kesan yang dipanggil sebagai afterburn effect. Kesan ini menjadikan badan kita lebih efficient dalam pembakaran kalori dan lemak. Afterburn effect terjadi melalui latihan berintensiti tinggi dan otot anda perlu diperbaiki selepas sesi latihan tersebut. Proses pembaikpulihan otot memakan kalori, dan ini juga meningkatkan BMR anda.
Pernah rasa selepas workout akan sakit-sakit untuk beberapa hari? Itulah proses pemulihan dan pada masa itulah badan anda sedang membakar kalori, biarpun anda bukannya tengah workout! Pada masa ini juga, sesuai untuk anda dapatkan nutrien seimbang yang kaya dengan protein untuk membantu proses pemulihan.
Sebenarnya, bukanlah latihan bebanan sahaja yang akan tingkatkan BMR dengan berkesan. Apa-apa sahaja latihan berintensiti tinggi (turut dikenali sebagai HIIT) akan memberikan kesan yang anda mahukan untuk membakar lemak. Cuba berenang untuk 25m sebanyak 5-10 set setiap minggu dan lihat perubahan pada ffizikal anda. Itulah kesan latihan bebanan dan berintensiti tinggi terhadap kenaikan BMR harian kita!
Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)