Penggemar fitness harus tahu yang kalau mereka nak kawal turun naiknya berat badan, mereka kena kira kalori, iaitu kalori keperluan mereka dan kalori yang ada dalam makanan mereka.
Bagi yang baru dalam dunia fitness, kalori adalah tenaga. Lebihan kalori mendorong kepada kenaikan berat, manakala kurangnya kalori akan turunkan berat badan anda. Pengubahsuaian dilakukan kepada nilai kalori berdasarkan matlamat anda.
Mengira kalori (bagi orang baru) adalah perkara yang agak remeh meskipun penting. Ya lah, yang penting-penting memang banyak remeh-temeh! Kalau anda tak kira kalori, itu yang boleh membuatkan anda selalu tak cukup atau terlebih daripada sasaran. Kalau anda nak tahu, prioriti utama dalam penjagaan berat badan adalah pemakanan.
Pernah dengar atau tak, orang putih kata “you cannot out run a bad diet”. Maksudnya, anda tak boleh bersenam gila-gila kalau anda nak kurus jika pemakanan anda sendiri belum terurus.
Macam mana nak jadikan kiraan kalori satu kerja yang mudah?
Satunya, gunakan apikasi Medofu yang boleh dimuat turun di Play Store dan Apple Store. Di dalamnya ada fungsi untuk merekod pemakanan anda secara harian. Jadi, anda dapat lihat apa yang anda dah makan dan catit nilai kalori yang masih diperlukan. Rekod sebegini memudahkan anda untuk memastikan anda mengenai sasaran nilai kalori.
Kemudian, ada juga cara dengan menganggar. Yang ini memerlukan skil dan pengalaman, biasanya digunakan oleh otai-otai. Malah, ramai otai tak kira kalori pun, tetapi semua menganggar sahaja. Boleh juga kurus, sebab apa? Mereka dah tahu cara badan mereka berfungsi, jadi anggaran sudah memadai. Kenapa orang baru kena kira? Kerana, mereka perlu latih skil tersebut sebelum menganggar!
Terakhir, kalau masih susah juga, gunakan teknik suku-suku-separuh. Suku pinggan protein, suku pinggan karbohidrat, dan separuh pinggan sayur. Ini adalah untuk pastikan porsi pemakanan anda seimbang. Biasanya, siapa ikut begini akan dapati berat mereka senang turun. Tetapi, ada juga yang letak sampai tinggi dekat bahagian suku-suku tersebut. Apabila dah menggunung, dah tak jadi suku, tapi jadi macam separuh-separuh-suku (yang sayur pula sikit).
Bonus, nak lagi mudah, gunakan sahaja servis Medofu! Kami kira, kami masak, dan kami hantar sampai ke rumah.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)