Medofu Kitchen

Log In

Sekarang, ramai dah menjadi obses dengan berapa kalori dia bakar semasa bersenam. Ada yang belum bersenam lagi dah tanya, berjogging sekian-sekian minit berapa kalori terbakar, berbasikal, berenang, dan lain-lain. Kemudian, mereka muatnaik gambar mereka bersenam dengan jumlah kalori yang dianggarkan telah terbakar.

 

Ini dah jadi trend sekarang, dan ia menyebabkan ramai kurang gemar melakukan latihan rintangan. Sebaliknya, mereka sekadar amalkan latihan ketahanan berdurasi lama kerana mereka nampak itu lebih membakar banyak kalori.

 

Benar, kalau anda nak bandingkan jumlah kalori terbakar semasa berjogging dengan latihan rintangan di gym, memanglah berjogging akan bakar lebih banyak kalori semasa bersenam. Itu yang anda nampak, yang anda tak nampak ialah kalori dibakar bukannya mengoptimumkan pembakaran lemak.

 

Latihan angkat bebanan di gym memang tidak membakar sebanyak kalori seperti latihan ketahanan berdurasi lama. Tetapi, latihan rintangan akan membakar lebih banyak kalori daripada latihan ketahan selepas sesi latihan. Ya, selepas anda dah habis berlatih dan sedang berehat di rumah, ketika inilah anda membakar lebih banyak kalori.

 

Kenapa? Badan anda berada dalam fasa untuk pemulihan. Badan anda memerlukan tenaga untuk memperbaiki sel-sel otot yang telah letih digunakan semasa berlatih. Ini lebih cenderung untuk membakar lemak berbanding kalori yang terbakar semasa bersenam durasi panjang.

 

Sebab itulah cara terbaik untuk tingkatkan metabolisme dan membakar lemak adalah melalui pembinaan otot yang kuat. Latihan rintangan adalah keutamaan bagi anda yang nak menjadi lebih kurus dan kuat.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)