Posted on

Perlukah Anda Guna Supplement Untuk Kurus

Ramai orang nak kurus dengan mudah. Jadi, mereka mahukan sesuatu yang boleh berikan mereka jalan pintas, ataupun shortcut. Sememangnya, tiada jalan mudah dalam kecergasan. Anda tetap kena usaha keras tak kira guna apa benda sekali pun!

 

Apakah sebenarnya fungsi supplement dan adakah ia perlu digunakan kalau anda nak kurus? Sekarang, ada pelbagai jenis supplement dengan claim macam-macam, sehinggakan ada yang kata produk mereka ibarat ubat ajaib.

 

Supplement adalah sesuatu yang melengkapkan apa yang kurang. Fahamkan, ia melengkapkan yang kurang! Kalau anda tak dapat nak capai sebarang keperluan pemakanan atas faktor ekonomi, masa, atau lain–lain, maka supplement sangatlah membantu. Tetapi, kalau anda tiada asas pemakanan dan menggunakan supplement tanpa ilmu dan hanya berserah diri 100%, maka itu pula adalah resepi kegagalan.

 

Sekali lagi persoalan kita, adakah supplement perlu untuk kurus?

 

Ia tidak salah untuk digunakan kalau anda tahu sebab anda guna dan ilmu asas anda dah mantap. Pemakanan anda kena jaga dan latihan anda juga haruslah bersesuaian dengan matlamat. Cari jurulatih yang boleh berikan program latihan untuk diri anda.

 

Supplement fat burner biasanya mengandungi bahan natural yang, kalau anda selaraskan dengan pemakanan dan latihan cantik, memang akan bantu anda percepatkan proses kurus.

 

Ada beberapa bahan biasa yang akan didapati dalam fat burner seperti teh hijau, kopi hijau, yang mengandungi kafein. Bahan-bahan ini akan bantu anda untuk membekalkan tenaga dan membakar lemak. Kemudian, ada lagi bahan lain seperti CLA, carnitine, arginine, dan lain-lain protein.

 

Pucuk pangkalnya, fat burner bukanlah penting tapi ia membantu. Dengan syarat, anda dah pandai nak kawal pemakanan dan latihan. Macam mana nak tahu dah pandai ke belum? Kalau anda boleh turun berat tanpa supplement atas usaha anda, maka anda dah ada asas kepada turun naik berat.

 

Nak lagi mudah, gunakan sahaja servis Medofu yang akan bantu anda kira keperluan kalori dan siapkan makanan berasaskan nilai keperluan anda!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)