Menurut kajian, purata durasi siaran iklan untuk setiap rancangan televisyen adalah 15 minit dan 38 saat, setiap jam. Bagaimana caranya untuk memanfaatkan masa tersebut? Ya, bersenam. Katakanlah anda menonton televisyen selama 3 jam, dan anda melakukan mini workout setiap kali siaran iklan, 45 minit yang berlalu telah digunakan dengan baik kerana anda bersenam. Individu seberat 150 paun (68 kg) yang melakukan senaman calisthenic selama 45 minit akan membakar 300 kalori. Bukan itu sahaja, anda juga akan membina otot, menambah kekuatan dan juga flesibiliti. Boleh tahan, kan? Jadi, adakah anda berminat? Ikuti panduan ringkas ini.
Sentiasa Mulakan Dengan Warm Up
Luangkan masa 5 minit di awal rancangan tv untuk sesi pemanasan badan. Anda boleh lakukan kawad setempat, lari setempat, naik turun tangga, jumping jacks, high knees atau lompat tali.
Lower Body Exercises
Semasa iklan komersial yang pertama, lakukan senaman basic lunges dengan membawa sebelah kaki ke hadapan secara silih berganti. Teruskan sehingga iklan habis (dalam 30-60 minit). Siaran iklan yang seterusnya pula, buat side lunge. Iklan bertukar lagi, lakukan basic lunges dengan membawa sebelah kaki ke belakang pula. Jika iklan masih berterusan, ulangi sahaja 3 senaman ini mengikut urutan tadi. Anda boleh pegang pemberat untuk lebihkan cabaran. Senaman ini bukan sahaja menguatkan otot, ia juga meningkatkan kadar denyutan jantung yang membolehkan anda membakar lebih banyak kalori dan lemak. Tetapi tidak semestinya anda perlu buat lunges sahaja. Anda boleh gantikannya dengan pelbagai variasi squat atau lower body exercise yang lain.
Upper Body Exercises
Sekiranya anda tidak pernah melakukan push up sebelum ini, mulakan dengan yang ringan dulu seperti wall push up. Anda cuma perlu berdiri sekaki dari dinding dan buat pushup seperti ini. Lakukan 10 ulangan.
Jika wall push up dirasakan mudah tetapi masih sukar membuat full pushup, cuba buat incline pushup. Yang ini pula anda akan bersandar di atas meja, kerusi, sofa dan sebagainya. Sekiranya anda masih dapat mengekalkan postur yang baik setelah 10 ulangan, anda sudah boleh beralih ke full pushup. Lakukan sekurang-kurangnya 10 ulangan untuk setiap jenis pushup yang telah disebutkan sepanjang iklan komersial yang kedua.
Kuatkan Otot Teras
Untuk siaran komersial yang ketiga, anda boleh lakukan arm plank, elbow plank dan pelbagai variasi plank yang lain. Tahan posisi selama 30-60 minit. Namun, jangan bimbang sekiranya anda hanya mampu bertahan sehingga 15 saat sahaja. Jikalau anda konsisten, angka tersebut akan meningkat seiring dengan daya ketahanan otot anda. Beginner dinasihatkan untuk bermula dengan arm plank sebelum beralih ke elbow plank. Apabila anda sudah semakin advanced, bolehlah mencuba variasi plank seperti yang berikut.
Mahukan Lebih Lagi?
Sekiranya anda menonton rancangan televisyen yang berdurasi 30 minit, kemungkinan siaran iklan pun tidaklah sampai 4-5 kali, bukan? Tetapi sekiranya masih ada siaran komersial, ada baiknya kalau anda gunakan masa extra ini untuk membakar lebih banyak lemak. Bagaimana? Jangan duduk. Kekal berdiri sehingga rancangan tamat. Anda membakar lebih banyak kalori sewaktu berdiri berbanding duduk. Mahukan lebih daripada itu? Lakukan kardio lagi dan lagi. Ulangi sahaja aktiviti kardio yang anda lakukan semasa sesi pemanasan badan tadi. Adakah ia mudah? Tidak sama sekali. Tetapi, adakah ia efektif? Semestinya!
Akhir kata:
Bersenam semasa menonton televisyen adalah idea yang sangat baik. Anda akan memperoleh dua kebaikan dalam satu masa. Merehatkan minda sambil membakar lemak. Selain panduan di atas, anda boleh buat mini workout sendiri yang mensasarkan upper body, lower body dan abdomen anda. Di internet pun banyak, cari sahaja mana yang berkenan. Tetapi, jangan skip sesi pemanasan badan dan jangan lupa sesi penyejukan badan.
Entri: Tini Lorna Lim