Posted on

Senjata Terbaik Melawan Plateau

Sebelum Admin teruskan dengan entri hari ini, Admin nak pastikan anda tahu apa maksud plateau. Sebab, ramai tak sedar mereka menghadapi plateau, dan ini menyebabkan mereka membazirkan banyak masa dan tenaga!

 

Plateau adalah satu fasa di mana anda tidak mendapat sebarang hasil daripada program latihan anda. Walaupun anda berdiet, anda tak dapat turunkan atau naikkan berat badan. Latihan anda buat pula tak kuatkan atau bina otot, malah tak bakar lemak. Anda pun buat macam-macam tapi masih gagal. Kalau anda menghadapi simptom ini, anda sedang plateau.

 

Kalau anda tak sedar anda sedang plateau, dan anda teruskan latihan seperti biasa, ini akan menyebabkan anda kerugian banyak masa, tenaga, wang, dan macam-macam lagi. Ya lah, bayangkang berlatih untu berbulan-bulan tapi tak ada sebarang penambahbaikan pun!

 

Apakah cara terbaik untuk mengesan plateau dan juga mencegah atau menyelesaikan masalah ini? Anda perlukan sesuatu yang dipanggil “log book”. Buku log adalah buku untuk anda merekod hasil latihan, pemakanan, kondisi badan, dan lain-lain secara harian.

 

Apabila anda merekod perjalanan anda, barulah anda boleh nampak punca plateau anda. Hasil yang lambat dan perlahan adalah lebih baik daripada hasil yang terhenti. Anda dapat rekod naik turun berat badan, apa anda makan, macam mana anda berlatih, tahap stress harian, jumlah masa tidur, kerana semua ini akan membantu anda untuk kenalpasti yang mana mengganggu anda.

 

Tak susah pun nak buat buku log. Kalau anda nak senang, beli sahaja buku log fitness, anda boleh isi di situ. Ataupun, gunakan log yang ada dalam aplikasi Medofu. Jika anda nak buat sendiri, komponen penting anda kena ada dalam buku itu ialah:

1- Berat badan

2- Latihan

3- Kalori harian

4- Masa tidur

 

Jangan lupa untuk ikuti Medofu untuk pelbagai lagi tips dan panduan untuk transformasi badan anda!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)