Medofu Kitchen

Log In

Rakyat Malaysia dah semakin peka dengan kesihatan mereka. Berat badan yang semakin meninggi, saiz badan yang makin membesar, semuanya membuatkan ramai orang risau. Baguslah, kerana ini akan mendorong kepada masyarakat yang lebih sihat!

 

Jadi, apabila timbulnya kerisauan dengan berat badan, apa yang kebanyakan daripada kita fikirkan dahulu? Berjogging. Inilah jawapan nombor satu jika kita tanya rata-rata penduduk setempat.

 

“Apa yang Encik rasa kena buat kalau nak kurus?”

“Kita kena banyakkan berjogging.”

 

Betul atau tidak? Memang cliche jawapannya, dan Admin tak kata salah. Cuma, ia tidak tepat. Nak tahu tak, status kardio dalam proses untuk kurus adalah TIDAK WAJIB. Anda boleh kurus tanpa melakukan sekali pun kardio!

 

Mengikut hukum thermodynamics, badan kita berfungsi dengan menggunakan tenaga dalam bentuk kalori. Kita dapat kalori daripada makanan seharian kita, dan kalori juga boleh didapati daripada lemak dalam badan (otot juga boleh jadi sumber tenaga dan kita tidak mahu yang ini).

 

Apabila badan anda menggunakan lebih banyak tenaga daripada apa yang anda masukkan melalui pemakanan, maka badan anda akan gunakan sumber kalori sedia ada iaitu lemak (dan otot). Justeru, anda akan nampak lebih langsing apabila anda dapat konsisten kawal kalori (fasa ini dipanggil defisit kalori).

 

Tujuan kardio adalah untuk merangsang penggunaan lemak sebagai tenaga dan memperbanyakkan penggunaan kalori supaya mudah masuk ke fasa defisit. Nota, ia merangsang dan mempermudahkan. Adakah ia wajib? Tidak, kerana melalui penjagaan makan sahaja, anda sudah boleh turun berat.

 

Cuma, tak semua orang pandai jaga makan semata-mata. Macam Admin, hobi Admin adalah makan. Admin memang suka makan. Jadi, nak jaga makan agak susah. Maka, kardio boleh membantu Admin.

 

Pucuk pangkalnya, kardio bukan sesuatu yang prioriti dalam proses kurus. Sebaliknya, disiplin dan konsisten dalam pemakanan adalah keutamaan pertama. Kalau anda dah boleh jaga makan, maka anda berada dalam landasan yang betul.

 

Medofu akan bantu anda dalam penyediaan makanan. Jangan lupa untuk muat turun aplikasi kami dalam Play Store dan App Store!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)