Posted on

Cara Sebenar Untuk Tingkatkan Metabolisme

Admin yakin yang ramai pernah dengar produk-produk diiklankan sebagai satu ejen untuk meningkatkan metabolisme anda. Tak pun, anda mesti pernah terbaca artikel-artikel yang menyenaraikan makanan-makanan yang boleh berikan hasil sama seperti tadi.

 

Admin tak nafikan yang memang ia boleh naikkan metabolisme. Tetapi, sejauh manakah peningkatan itu membantu anda? Jawabnya, kadar kenaikannya amat sikit kalau anda nak harapkan peningkatan metabolisme melalui pemakanan sahaja.

 

Ada yang kata kena minum kopi untuk naikkan metabolisme. Ada yang kata kekacang amat bagus untuk turunkan berat badan. Macam-macam petua orang bagi suruh makan itu dan ini. Akhirnya, dia terlebih makan dan berat tak turun-turun walaupun semua makanannya “menaikkan metabolisme”. Rugi, kan?

 

Cara yang paling berkesan untuk terus naikkan metabolisme anda pada kadar yang akan memanfaatkan anda adalah melalui aktiviti harian dan juga penambahan otot..

 

Bersenam meningkatkan metabolisme, berjalan berikan kesan sama, menaiki tangga juga begitu. Semua aktiviti harian yang dilebihkan memberi kesan baik kepada metabolisme anda. Makan makanan sihat tapi kerja tidur sahaja (kurang aktiviti) juga bukanlah lambang gaya hidup sihat.

 

Badan kita digerakkan oleh otot, dan untuk menggerakkan otot, ia memerlukan tenaga. Maka, kadar aktiviti otot yang tinggi akan memerlukan tenaga yang banyak. Bermaksud, metabolisme badan anda akan meningkat.

 

Admin tak suruh anda bina badan macam bodybuilder, tetapi latihan atau senaman akan bantu anda untuk bina otot yang kuat sekali gus membakar lemak dan meningkatkan kadar pembakaran kalori semasa rehat. Dengan kata lain, semakin kuat dan banyak otot anda, semakin tinggi metabolisme.

 

Dua cara ini adalah cara utama untuk anda tingkatkan metabolisme. Sebab itu, pemakanan sihat harus seiring dengan senaman atau gaya hidup sihat. Medofu adalah ruang untuk anda dapatkan tips fitness yang terbaik. Maka, jangan lupa ikuti kami, ya!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)