Posted on

Perlukah Wanita Buat Chest Workout?

Di dalam dunia fitness, isnin merupakan International Chest day. Dan di harinilah kita akan nampak ramai kaum-kaum lelaki berebut bench dan flex dada mereka. Lawak, tetapi inilah realitinya. Tetapi jarang pula kita lihat wanita membuat senaman ini. Mengapa?

Kali ini kita kupas otot apa yang digunakan sewaktu melakukan senaman dada, mitos yang selalu diucap kepada wanita (spesifiknya) dalam senaman dada dan senaman apa untuk membina otot ini.

Asas introduction muscle/otot dada

Nama saintifik untuk otot dada ialah Pectoralis major (ringkaskan sebagai pecs) dan ia terbahagi kepada dua bahagian; pectoralis major dan minor (gambar rajah di bawah). Bagi wanita, pecs anda ialah di bawah tisu payudara/breast tissue anda.

Mitos di sebalik latihan pecs bagi wanita

Antara mitos yang selalu dikaitkan wanita dengan latihan otot/pecs ialah;

  1. Anggapan bahawa latihan chest menurunkan size payudara
  2. Anggapan bahawa tidak perlu kerana wanita mempunyai payudara
  3. Anggapan bahawa wanita akan ada a develop otot dada seperti lelaki
  4. Chest workout adalah untuk lelaki

 

Kebaikkan melatihankan otot dada;

 

  1. Mengimbangkan kekuatan upper/lower body

Jika anda seorang yang suka melakukan latihan lower-body (kaki dan perut) atau elak membuat latihan chest, anda patut mula membina kekuatan di bahagian ini. Ini adalah untuk mengimbangkan kekuatan seluruh badan anda. Tambahan pula, mengelakkan sebarang kecederaan sewaktu melakukan aktiviti yang menggunakan otot ini.

 

  1. Mempertingkatkan posture tubuh

Bila dikatakan dengan posture badan, otot belakang dan bahu sering dijadikan otot utama untuk dibentuk. Walau bagaimanapun, sebagai salah satu otot terbesar di bahagian upper-body, pecs memainkan peranan yang sama penting dalam mengekalkan postur dan kestabilan, iaitu dengan menyokong scapula (bahagian bahu) dan sendi bahu.

 

Tambahan pula bagi wanita, ia membantu menambahkan ‘dinding’ pecs serta membuat ilusi seakan mengangkatkan payudara yang ‘jatuh’/saggy breast.

 

  1. Membakar kalori serta meningkatkan fatloss

Since otot dada merupakan antara otot terbesar di upper-body, melatihkan otot ini membantu dalam pembakaran kalori serta meningkatkan fatloss lebih dari melatih otot-otot kecil.

 

Senaman untuk membina otot dada/pecs

  • Pushup

 

  • Bench press/dumbbell press

  • Dumbbell/ cable fly

Konklusinya, jangan abaikan otot ini. Sama seperti otot-otot yang lain, otot ini memainkan peranan yang besar dalam membina kekuatan, membakar kalori, mengimbangkan fizikal serta meningkatkan fatloss.

Entri: Min (@minzejxmin)