Posted on

Kenali Jenis Tubuh Badan

Semua individu dibina berlainan. Dari aspek genetik sehingga ke fizikal. Entri kali ini, kita kenalkan tiga jenis kategori badan yang memainkan peranan yang penting di dalam diet dan training seseorang (termasuk anda!).

Setiap individu mempunyai jenis badan yang berbeza (selain ketinggian dan genetik) dan tergolong di dalam satu jenis badan. Jenis badan ini juga merupakan antara faktor yang mempengaruhi training dan diet seseorang. Terdapat tiga jenis badan.

1. Ectomorph

Diringkaskan, seseorang yang sukar untuk gain berat atau mass- kurus atau a hardgainer. Ciri-ciri seseorang yang ectomorph adalah berbadan kurus, kurang kandungan lemak (bodyfat) dan mempunyai otot yang sedikit. Untuk wanita, ia adalah satu kelebihan tetapi bagi lelaki…sebalikknya. Walau bagaimanapun, berbeza dengan dua kategori badan yang lain, kelebihan golongan ectomorph adalah mereka mempunyai metabolisma tinggi yang membantu penurunan berat badan dengan cepat.

Contoh ectomoprh yang boleh kita lihat adalah golongan atlet larian.

Bagi seseorang yang jatuh dikategori ectomoprh dan ingin menambahkan berat atau mass, dari segi senaman dan diet, kurangkan aktiviti kardio, utamakan compound exercise (deadlift, squat, bench press). Dari segi diet pula, tingkatkan pengambilan kalori seharian/minggu (berada di kalori surplus) dan lebihkan pengambilan karbohidrat. Jika sukar untuk consume kalori yang berlebihan, digalakkan mengambil supplement tambahan seperti whey protein.

2. Mesomorph

Golongan mesomorph adalah dikira sebagai bertuah kerana tubuh mereka ‘dibina’ rapi dari segi otot, kandungan lemak (bodyfat) dan komposisi badan. Antara kelebihan golongan mesopmorph adalah mereka mampu membina otot dan menurunkan lemak/berat dengan pantas berbanding jenis badan yang lain. Senang kata, mereka memiliki jenis badan yang “athletic”

Sebagai contoh ahli bina badan, atau atlit sukan.

Dari segi senaman dan diet, golongan mesomorph hanya perlu untuk kekalkan (maintain) pengambilan kalori mereka dan senaman. Mereka boleh memilih sama ada untuk tingkatkan berat dan kekuatan mereka dengan mengambil lebih banyak kalori atau mengurangkan, untuk kurangkan body fat percentage mereka. Ikut kehendak individu sendiri.

3. Endomorph

Jauh berbeza dengan dua kategori yang disebut tadi, endomorph adalah kategori yang lebih ‘tembam’ comel, besar atau overweight. Individu yang berkategori endomorph adalah seorang yang ada lebihan lemak atau tinggi kandungan lemak badan (body fat) di bahagian lower body (perut, peha, punggung). Mereka yang tergolong di kategori ini adalah kategori yang senang untuk ‘pack’ on berat dan lemak dan sukar juga untuk kurangkan berat dan lemak.

Jika seorang endomorph ingin kurangkan berat badan atau lemak, mereka haruslah berada di dalam kalori deficit (mengambil kalori lebih rendah) dan kekalkan konsistensi senaman mereka.

Antara contoh kategori endomoprh yang kita boleh lihat adalah para atlet gusti atau sumo.

Berdasarkan ketiga-tiga jenis tubuh badan, di manakah satu golongan anda?

Entri: Min (@minzejxmin)

 

 

 

 

 

Posted on

Adakah Makanan Segera Menggemukkan?

Soalan yang agak lawak jika didengar, kerana ramai dah tetapkan hati dan minda untuk soalan begini. Adakah memakan makanan segera boleh menyebabkan anda gemuk? Dan, tidak disangkal lagi, ramai pasti bersetuju. Admin sendiri bersetuju, tetapi bersyaratnya.

 

Admin tanya anda, kalau anda makan pizza hari ini, esok gemuk tak? Atau, kalau anda makan donut coklat petang tadi, malam nanti gemuk tak?

 

Anda tak akan gemuk dengan memakan makanan segera, makanan kegemaran anda, dan apa-apa makanan lain yang anda sangka akan menggemukkan. Anda boleh makan tanpa risau tentang kegemukan.

 

“Biar betul Admin ni… dah masuk air ke?”

 

Sebab itu, Admin kata Admin bersetuju dengan syarat. Memang makanan segera boleh menyebabkan kegemukan… KALAU (sengaja dibesarkan) anda konsisten makan makanan segera sehingga terlebih daripada keperluan anda.

 

Sama sahaja dengan makanan-makanan lain. Makan nasi tak menggemukkan, makan ayam tak menggemukkan, minum manis tak menggemukkan. Jadi, apa yang menggemukkan? Memakan semua itu secara berlebihan!

 

Makan pizza tak akan menyebabkan anda gemuk esoknya. Makan pizza setiap hari berkotak-kotak boleh mengundang pada kegemukan.

 

Konsep yang anda kena pegang apabila berkaitan dengan turun naik berat badan adalah keperluan kalori harian. Selagi mana anda menjaga nilai kalori, anda dapat kawal berat badan. Jenis makanan tidak mempengaruhi angka berat badan, tetapi kuantiti makanan yang anda ambil itu lebih penting.

 

Orang kata makan ayam tak menggemukkan sebab ia protein. Tahukah anda, 1g protein sama sahaja nilai kalori dengan 1g karbohidrat, dan kalau anda terlebih makan ayam (macam orang terlebih makan nasi), sama sahaja boleh menggemukkan.

 

Jangan salah faham, ini bukan entri untuk menghalalkan anda makan makanan segera secara sesuka hati. Admin nak tegaskan yang bukan salah makanan yang menyebabkan anda gemuk, tetapi diri anda sendiri yang tak dapat kawal kuantiti makanan yang anda makan.

 

Lagi satu, jangan seksa diri dengan memakan makanan anda tak suka semata-mata nak diet turunkan berat badan. Orang putih kata, “enjoy life a little”, dan jangan sampai abaikan keluarga serta rakan-rakan kerana anda tengah diet.

 

Mujurlah makanan meal prep Medofu sedap-sedap belaka, mampu milik lagi tu! Jangan lupa untuk dapatkan meal prep sampai depan pintu rumah, sekarang!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Posted on

Makan Malam Boleh Menyebabkan Kegemukan

Dalam dunia kita ada pelbagai jenis mitos-mitos yang berleluasa. Ada yang betul, ada yang tidak. Seperti dunia fitness juga, ada mitos-mitos yang masih melekat kuat dalam pemikiran orang ramai.

 

Antara fahaman kuat dalam dunia kecergasa adalah makan malam boleh menyebabkan kegemukan. Biasanya, orang kata jangan makan selepas pukul 8 malam. Ada apa pada pukul 8 malam yang menyebabkan anda gemuk kalau anda langgar pantang larang ini?

 

Sebenarnya, ini juga dalah mitos semata-mata. Bayangkanlah kalau yang kerja sampai lewat malam dan tak sempat makan sebab sibuk berkerja. Adakah beliau kena tahan lapar sepanjang hari sampai keesokan pagi sebab takut gemuk kalau makan malam?

 

Punca utama anda gemuk bukanlah disebabkan masa bila anda makan, tetapi berapa banyak anda makan. Kalau anda tak makan malam, belum tentu boleh kurus lagi. Ya lah, waktu pagi sampai petang telan makanan berminyak, bergula, makanan segera, dan macam-macam lagi! Letak sekali hidangan salad, dah boleh cakap dekat kawan “aku tengah diet”.

 

Masa tidak mempengaruhi secara total, tetapi kuantiti anda makan. Sebab itulah asas untuk naik turun berat badan adalah melalui kiraan kalori. Jumlah kalori yang anda masukkan perlulah kurang daripada nilai kalori kegunaan badan seharian. Konsisten dengan cara ini, anda akan jadi kurus.

 

Anda boleh makan malam, anda boleh makan siang, anda boleh tertinggal sarapan pagi, anda boleh makan 8 kali sehari. Selagi mana nilai kalori anda terjaga dan tidak melebihi had keperluan anda, maka anda akan turun berat badan.

 

Macam mana nak kira keperluan kalori? Anda boleh muat turun aplikasi Medofu di dalam Play Store ataupun App Store untuk kemudahan menempah makanan diet, info-info fitness, dan juga pelbagai lagi kegunaan!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)