Posted on

Makan Malam Boleh Menyebabkan Kegemukan

Dalam dunia kita ada pelbagai jenis mitos-mitos yang berleluasa. Ada yang betul, ada yang tidak. Seperti dunia fitness juga, ada mitos-mitos yang masih melekat kuat dalam pemikiran orang ramai.

 

Antara fahaman kuat dalam dunia kecergasa adalah makan malam boleh menyebabkan kegemukan. Biasanya, orang kata jangan makan selepas pukul 8 malam. Ada apa pada pukul 8 malam yang menyebabkan anda gemuk kalau anda langgar pantang larang ini?

 

Sebenarnya, ini juga dalah mitos semata-mata. Bayangkanlah kalau yang kerja sampai lewat malam dan tak sempat makan sebab sibuk berkerja. Adakah beliau kena tahan lapar sepanjang hari sampai keesokan pagi sebab takut gemuk kalau makan malam?

 

Punca utama anda gemuk bukanlah disebabkan masa bila anda makan, tetapi berapa banyak anda makan. Kalau anda tak makan malam, belum tentu boleh kurus lagi. Ya lah, waktu pagi sampai petang telan makanan berminyak, bergula, makanan segera, dan macam-macam lagi! Letak sekali hidangan salad, dah boleh cakap dekat kawan “aku tengah diet”.

 

Masa tidak mempengaruhi secara total, tetapi kuantiti anda makan. Sebab itulah asas untuk naik turun berat badan adalah melalui kiraan kalori. Jumlah kalori yang anda masukkan perlulah kurang daripada nilai kalori kegunaan badan seharian. Konsisten dengan cara ini, anda akan jadi kurus.

 

Anda boleh makan malam, anda boleh makan siang, anda boleh tertinggal sarapan pagi, anda boleh makan 8 kali sehari. Selagi mana nilai kalori anda terjaga dan tidak melebihi had keperluan anda, maka anda akan turun berat badan.

 

Macam mana nak kira keperluan kalori? Anda boleh muat turun aplikasi Medofu di dalam Play Store ataupun App Store untuk kemudahan menempah makanan diet, info-info fitness, dan juga pelbagai lagi kegunaan!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)