Posted on

Berapa Kerap Anda Kena Makan Sehari?

Ini dikira soalan yang agak popular dalam dunia kecergasan, lagi-lagi yang baru mula nak kurus ataupun bina otot. Sebabnya, ada yang kata kena makan kerap sampai 7-8 kali makan sehari. Kalau tak mampu, memang tak boleh jadi, atau macam  mana?

 

Ada macam-macam sebab kenapa ramai mengesyorkan anda makan kerap samada untuk bakar lemak ataupun bina badan. Antaranya seperti mengekalkan peningkatan metabolisme, pengimbangan hormon, pengeluaran tenaga berpanjangan, dan macam-macam lagi.

 

Berapa kali anda kena makan dalam sehari, sebenarnya? Kalau anda nak tahu, kekerapan makan tak mempunyai pengaruh yang begitu besar dalam proses transformasi badan anda. Sebaliknya, apa yang anda kena fokus adalah pada kualiti pemakanan anda.

 

Yang perlu dicukupkan atau diikut adalah nilai keperluan kalori harian. Sebagai contoh, kalau anda perlukan 1800kcal untuk membakar lemak, anda cuma perlu cukupkan nilai tersebut tak kesah berapa kali makan. Kalau anda makan tiga kali sehari, maka makan 600kcal sekali makan. Kalau anda nak makan 6 kali sehari? Makanlah 300kcal dalam satu hidangan. Anda boleh juga buat 3 hidangan kalori besar dan 3 lagi hidangan kalori rendah. Yang penting, anda cukupkan kuota.

 

Ini adalah yang asas, manakala masa pemakanan, kekerapan, semuanya adalah topik yang kompleks dan hanya dipelajari apabila anda dah mahir asas dan mahukan hasil yang lagi mantap. Jika tidak, mahirkan yang asas dahulu kerana kalau yang asas pun susah nak ikut, maka susah jugalah yang lain!

 

Segala macam panduan pemakanan, tip kecergasan, senaman, dan servis meal-prep ada di Medofu.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)