Posted on

Tips Pemakanan Di Bulan Ramadhan

Pemakanan adalah faktor utama sewaktu di bulan Ramadhan kerana kita berpuasa dari makanan dan minuman selama 14jam (di Malaysia).

 

Musim yang bagus untuk mereka ingin turunkan beberapa kilogram, turunkan lagi bodyfat (berat lemak) dan maintain kekuatan. Dari segi pemakanan, bagaimana anda ingin memanfaatkan musim ini dengan matlamat anda?

 

Ini adalah beberapa tips yang anda perlu, cuba lakukan untuk menggunakan sebaikknya kebaikkan pada bulan mulia ini.

 

  1. Jangan tinggalkan sahur

Gunakan waktu sahur anda sebaik-baiknya. Kerana pada waktu inilah anda meng-fuelkan diri anda untuk hadapi waktu berpuasa senaik matahari nanti. Tambahan pula, mengikut sunnah yang digalakkan di bulan Ramadhan.

 

  1. Lebihkan home cooked food

Tiada yang boleh tandingi dari masakan dari air tangan. Lebih-lebih lagi makanan yang segar dari dapur. Kurangkan makanan segera kerana ia banyak dengan lemak trans, garam dan bahan tambahan lain yang tidak elok untuk badan dan boleh memudaratkan anda sewaktu berperang lapar sewaktu berpuasa.

 

  1. Minum banyak air kosong

Semusim bulan puasa ini, memang sudah pasti kita akan kehilangan banyak air di dalam badan kerana asasnya cuaca yang panas (di Malaysia) dan kerja harian kita. Jadi, sewaktu sahur dan selepas berbuka puasa, minum air yang mencukupi. Refresh kembali badan dan minda anda untuk mengelakkan hidrasi.

 

  1. Patuh dengan had kalori

Sudah semestinya kunci utama dalam menurunkan berat badan adalah berada di dalam kalori defisit. Ini tidak lari juga sewaktu berpuasa di bulan Ramadhan. Track pengambilan makanan anda sewaktu sahur dan berbuka. Pastikan ia berada di dalam range kalori defisit anda.

 

  1. Jangan ikut nafsu

Tiada dugaan yang lebih hebat sewaku di bulan puasa selain bazar Ramadhan. Macam-macam makanan yang dipamerkan yang semestinya siapa sahaja yang tidak terliur? Saya faham, sewaktu berpuasa macam-macam kita mengidam untuk makan dan ketika saat azan berkumandang terus kita serbu makanan. Makan perlahan-lahan dan jangan ikut kehendak nafsu anda. Makan dalam portion yang sedikit, dan elakkan terlebih kenyang. Risiko untuk anda gagal dalam mencapai matlamat adalah tinggi jika anda tidak berhati-hati.

Sempena bulan mulia ini, cuba fokus matlamat anda dan tujuan asal Ramadhan.Jaga pemakanan dan jaga diri anda. Gunakanlah bulan ini sebagai satu stepping stone anda untuk mencapai matlamat anda. Selamat berpuasa!

 

Entri: Min (@minzejxmin)

Posted on

Perlukah Anda Bakar Setiap Kalori Anda Makan?

Sekarang, ramai dah menjadi obses dengan berapa kalori dia bakar semasa bersenam. Ada yang belum bersenam lagi dah tanya, berjogging sekian-sekian minit berapa kalori terbakar, berbasikal, berenang, dan lain-lain. Kemudian, mereka muatnaik gambar mereka bersenam dengan jumlah kalori yang dianggarkan telah terbakar.

 

Ini dah jadi trend sekarang, dan ia menyebabkan ramai kurang gemar melakukan latihan rintangan. Sebaliknya, mereka sekadar amalkan latihan ketahanan berdurasi lama kerana mereka nampak itu lebih membakar banyak kalori.

 

Benar, kalau anda nak bandingkan jumlah kalori terbakar semasa berjogging dengan latihan rintangan di gym, memanglah berjogging akan bakar lebih banyak kalori semasa bersenam. Itu yang anda nampak, yang anda tak nampak ialah kalori dibakar bukannya mengoptimumkan pembakaran lemak.

 

Latihan angkat bebanan di gym memang tidak membakar sebanyak kalori seperti latihan ketahanan berdurasi lama. Tetapi, latihan rintangan akan membakar lebih banyak kalori daripada latihan ketahan selepas sesi latihan. Ya, selepas anda dah habis berlatih dan sedang berehat di rumah, ketika inilah anda membakar lebih banyak kalori.

 

Kenapa? Badan anda berada dalam fasa untuk pemulihan. Badan anda memerlukan tenaga untuk memperbaiki sel-sel otot yang telah letih digunakan semasa berlatih. Ini lebih cenderung untuk membakar lemak berbanding kalori yang terbakar semasa bersenam durasi panjang.

 

Sebab itulah cara terbaik untuk tingkatkan metabolisme dan membakar lemak adalah melalui pembinaan otot yang kuat. Latihan rintangan adalah keutamaan bagi anda yang nak menjadi lebih kurus dan kuat.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Posted on

Berapa Kerap Anda Kena Makan Sehari?

Ini dikira soalan yang agak popular dalam dunia kecergasan, lagi-lagi yang baru mula nak kurus ataupun bina otot. Sebabnya, ada yang kata kena makan kerap sampai 7-8 kali makan sehari. Kalau tak mampu, memang tak boleh jadi, atau macam  mana?

 

Ada macam-macam sebab kenapa ramai mengesyorkan anda makan kerap samada untuk bakar lemak ataupun bina badan. Antaranya seperti mengekalkan peningkatan metabolisme, pengimbangan hormon, pengeluaran tenaga berpanjangan, dan macam-macam lagi.

 

Berapa kali anda kena makan dalam sehari, sebenarnya? Kalau anda nak tahu, kekerapan makan tak mempunyai pengaruh yang begitu besar dalam proses transformasi badan anda. Sebaliknya, apa yang anda kena fokus adalah pada kualiti pemakanan anda.

 

Yang perlu dicukupkan atau diikut adalah nilai keperluan kalori harian. Sebagai contoh, kalau anda perlukan 1800kcal untuk membakar lemak, anda cuma perlu cukupkan nilai tersebut tak kesah berapa kali makan. Kalau anda makan tiga kali sehari, maka makan 600kcal sekali makan. Kalau anda nak makan 6 kali sehari? Makanlah 300kcal dalam satu hidangan. Anda boleh juga buat 3 hidangan kalori besar dan 3 lagi hidangan kalori rendah. Yang penting, anda cukupkan kuota.

 

Ini adalah yang asas, manakala masa pemakanan, kekerapan, semuanya adalah topik yang kompleks dan hanya dipelajari apabila anda dah mahir asas dan mahukan hasil yang lagi mantap. Jika tidak, mahirkan yang asas dahulu kerana kalau yang asas pun susah nak ikut, maka susah jugalah yang lain!

 

Segala macam panduan pemakanan, tip kecergasan, senaman, dan servis meal-prep ada di Medofu.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Posted on

Makan Malam Boleh Menyebabkan Kegemukan

Dalam dunia kita ada pelbagai jenis mitos-mitos yang berleluasa. Ada yang betul, ada yang tidak. Seperti dunia fitness juga, ada mitos-mitos yang masih melekat kuat dalam pemikiran orang ramai.

 

Antara fahaman kuat dalam dunia kecergasa adalah makan malam boleh menyebabkan kegemukan. Biasanya, orang kata jangan makan selepas pukul 8 malam. Ada apa pada pukul 8 malam yang menyebabkan anda gemuk kalau anda langgar pantang larang ini?

 

Sebenarnya, ini juga dalah mitos semata-mata. Bayangkanlah kalau yang kerja sampai lewat malam dan tak sempat makan sebab sibuk berkerja. Adakah beliau kena tahan lapar sepanjang hari sampai keesokan pagi sebab takut gemuk kalau makan malam?

 

Punca utama anda gemuk bukanlah disebabkan masa bila anda makan, tetapi berapa banyak anda makan. Kalau anda tak makan malam, belum tentu boleh kurus lagi. Ya lah, waktu pagi sampai petang telan makanan berminyak, bergula, makanan segera, dan macam-macam lagi! Letak sekali hidangan salad, dah boleh cakap dekat kawan “aku tengah diet”.

 

Masa tidak mempengaruhi secara total, tetapi kuantiti anda makan. Sebab itulah asas untuk naik turun berat badan adalah melalui kiraan kalori. Jumlah kalori yang anda masukkan perlulah kurang daripada nilai kalori kegunaan badan seharian. Konsisten dengan cara ini, anda akan jadi kurus.

 

Anda boleh makan malam, anda boleh makan siang, anda boleh tertinggal sarapan pagi, anda boleh makan 8 kali sehari. Selagi mana nilai kalori anda terjaga dan tidak melebihi had keperluan anda, maka anda akan turun berat badan.

 

Macam mana nak kira keperluan kalori? Anda boleh muat turun aplikasi Medofu di dalam Play Store ataupun App Store untuk kemudahan menempah makanan diet, info-info fitness, dan juga pelbagai lagi kegunaan!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)