Posted on

Apa Yang Anda Kena Makan Kalau Nak Jadi Fit

Sejak kebelakangan ini, fitness telah menjadi trend di Malaysia. Kita tengok ramai artis dan juga orang-orang berjawatan besar dalam Malaysia juga memuat naik gambar-gambar mereka yang sedang bersenam. Ini boleh jadi benda baik sebab ia mendorong orang lain untuk turut menjaga kesihatan mereka!

 

Untuk memulakan transformasi diri, anda kena mula dengan pemakanan anda. Pernah dengar tak orang kata, you can’t outrun a bad diet? Maksudnya, anda tak boleh bersenam gila-gila dan jadi kurus kalau anda tak jaga makan. Memang pemakanan adalah faktor yang paling penting dalam fitness. Anda nak bina badan, anda kena jaga makan. Anda nak kurus, lagilah kena jaga makan. Orang yang bersukan, orang yang berlatih martial arts, semuanya kena jaga makan untuk menjanjikan prestasi terbaik.

 

Jaga makan bukan sekadar untuk menurunkan berat badan, malah untuk memberikan anda tenaga berpanjangan dan menstabilkan hormon. Pemakanan yang baik juga akan menjaga kualiti kehidupan anda, kesihatan yang lebih baik. Mahukah anda muda-muda mengidap penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis gara-gara buat endah tak endah terhadap pemakanan?

 

Sebagai pemahaman asas, pemakanan yang terbaik adalah mengikut piramid makanan. Admin yakin anda semua cukup biasa dengan piramid makanan. Jika tidak, Admin minta anda hadamkan piramid tersebut. Makan mengikut panduan tersebut!

 

Untuk pemahaman lebih mendalam, kita kena tahu apa itu kalori, makronutrien, dan mikronutrien. Secara amnya, benda paling penting anda kena jaga adalah kalori. Naik turunnya berat badan adalah bergantung kepada nilai kalori yang anda makan dan minum.

 

Semua benda yang kita makan ada nilai kalori tersendiri. Dan, badan setiap individu memerlukan nilai kalori yang tersendiri untuk berfungsi. Macam mana anda nak tahu nilai yang diperlukan badan anda?

 

Anda bernasib baik, sebab Medofu menyediakan perkhidmatan mengira keperluan kalori, makronutrien, dan mikronutrien! Anda boleh klik pautan di bawah untuk mengira keperluan anda, daripada nilai kalori, hinggalah kepada nilai protein, karbohidrat, dan lemak. Sungguh mudah, tekan-tekan sahaja sudah dapat nilainya!

 

Lean Physique Calculator

 

Kalau anda dah kira, jangan lupa untuk sentiasa follow dan update dengan Medofu, sebab nanti Admin nak cerita pula apa itu kalori, apa itu makronutrien dan mikronutrien, kenapa mereka penting untuk fitness, dan macam-macam lagi.