Posted on

5 Sumber Protein Terbaik untuk Membina Otot

Protein merupakan antara nutrient yang penting selain karbohidrat dan lemak. Fungsi utama protein untuk badan adalah membina dan membaiki otot dan tisu badan.

Ini adalah antara 5 sumber protein utama yang terbaik untuk pembinaan otot.

  1. Dada Ayam

Berbeza dengan potongan ayam yang lain, dada ayam (chicken breast) merupakan antara potongan yang paling “bersih”. Ini kerana potongan ini padat dengan nutrisi protein jika anda mengambil tanpa kulit ayam.

 

  1. Telur

Telur merupakan antara makanan yang tinggi dengan protein. Ia juga murah, senang didapati, kurang karbohidrat dan penuh dengan BCAA. Walaupun telur secara keseluruhan tinggi dengan protein, protein putih telur adalah lebih tinggi berbanding kuning telur.

 

  1. Susu

Susu adalah sangat berkhasiat walaupun majoriti orang adalah lactose intolerance (tidak upayaan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa). Walau bagaimanapun, jika anda boleh mengambil tenusu, susu boleh adalah antara pilihan protein yang bagus untuk anda. Tambahan pula, susu tinggi dengan kalsium dan vitamin B2. Extra win!

 

  1. Mentega Kacang

Tipulah kalau anda cakap anda tidak pernah curi-curi meratah mentega kacang. Mentega kacang (peanut butter) merupakan antara makanan yang bagus untuk digabungkan dengan apa-apa makanan seperti roti, biskut dan oats. Selain tinggi dengan protein, mentega kacang (yang mempunyai kacang) juga tinggi dengan fiber, magnesium yang dapat membantu anda untuk kurangkan berat badan. Sedap dan nutritious!

Tips tambahan untuk memilih mentega kacang, pastikan kandungan (ingredient) adalah seminimum yang boleh. Kerana kebanyakkan mentega kacang mempunyai banyak bahan pengawet yang tidak bagus dan tinggi dengan kandungan lemak.

 

  1. Ikan

Makanan laut (seafood) seperti ikan, adalah tinggi dengan protein dan boleh didapati dimana-mana. Selain itu juga, ia tinggi dengan Omega-3 yang memanfaatkan diri dengan membantu meningkatkan kesihatan jantung, dengan mengurangkan tekanan darah (blood pressure), kulit kering dan sebagainya. Mengikut selera anda, ikan semestinya antara makanan yang tinggi protein yang wajib ada ambil.

Alternatif lain bagi mereka yang tidak gemar mengambil ikan, anda boleh cuba supplemen tambahan seperti Fish Oil Omega-3 Fatty Acid.

Semestinya terdapat banyak lagi jenis makanan yang tinggi dengan protein selain yang tertera di atas. Walau bagaimanapun, ia terpulang kepada individu itu sendiri untuk memilih sumber protein yang mana yang baik untuk dirinya.

Entri: Min (@minzejxmin)