Posted on

Cara Untuk Kekalkan Motivasi

Antara yang sering naik dan turun selain penimbang berat adalah motivasi. Ada hari ia tinggi ada hari ia sangat rendah dan parahnya ialah ada kali ia stay turun. Tidak dinafikan motivasi adalah sukar untuk dijangka dan dikawal.

Ini adalah antara tips-tips yang mungkin boleh membantu anda dalam mengekalkan motivasi dan sekali gus menghalang anda dari berputus asa di pertengahan jalan mencapai matlamat anda.

  1. GAMBAR PROGRESS

 

 

Gambar progress adalah antara cara paling effektif untuk tingkatkan motivasi. Mulakan dengan mengambil gambar hari pertama perjalanan fitness anda dan bandingkan dengan progress and kini. Pastinya anda akan lihat perbezaan yang ketara dan secara automatik motivate anda untuk teruskan perjalanan anda.

Selain itu juga, gambar progress dapat membantu motivate orang lain. Post gambar transformasi anda di media sosial dengan hashtag #transformationteusday saya boleh garenti ramai akan terpesona dengan progress anda.

 

  1. IDOLA

Role model atau idola memainkan peranan yang tinggi dalam mengekalkan motivasi kerana melihat pencapaian atau progress mereka memberi inspirasi untuk mencapai matlamat kita.

  1. MUZIK

Mengikut kajian (Karageorghis and Terry, 1997) muzik merangsangkan mental pendengar dengan meningkatkan prestasi sewaktu workout. Menurut mereka, terdapat sambungan terus/direct connection di antara neuron pendengaran dan neuron motor. Diringkaskan, tidak kira apa jenis muzik yang anda dengar, minda dan badan akan segera memberi tindak balas.

Cari genre lagu yang boleh buat anda rasa bersemangat atau hype dan bina satu playlist. Mainkan playlist ini tiap kali anda ingin melakukan latihan untuk powerup-kan lagi sesi latihan anda.

  1. WORKOUT PARTNER

Fungsi wujudnya workout partner adalah untuk memotivasikan anda secara mental dan fizikal. Cari workout partner yang ada matlamat yang sama dengan anda, agar masing-masing boleh saling membantu mencapai matlamat. Dari segi fizikal, workout partner dapat membantu anda dengan support anda ‘push’ reps-reps terakhir.

  1. TUKAR LOKASI

Ada kalanya berada di tempat yang sama buat anda rasa bosan dengan equipment yang sama, tiada persaingan friendly dan ini membawa kepada rasa sangat-sangat demotivated. Apa kata, anda tukar lokasi latihan anda. Ambil alternatif ini untuk survey dan kenali gym-gym yang berlainan. Dengan ini anda dapat merasai suasana yang berbeza sekali gus membantu dalam menaikkan motivasi anda.

Entri: Min(@minzejxmin)