Posted on

Tips Kurangkan Bloating Sewaktu Haid

Kembung perut atau bloating (bukan disebabkan buncit) adalah perkara yang normal yang berlaku kepada wanita sewaktu haid. ‘Fenomena’ ini bukan sahaja sangat menjengkelkan kerana ia tidak selesa, tetapi juga memberi impak yang besar dalam keyakinan diri seseorang (wanita).

Bloating sering berlaku sebelum dan sewaktu kitaran haid. Ianya bergantung kepada individu. Kembung perut sewaktu haid juga adalah salah satu sindrom pramenstruasi (PMS) yang berlaku 1 hingga 2 minggu sebelum haid.

Punca utama berlakunya bloating ini adalah disebabkan perubahan tahap hormone estrogen dan progesterone. Semasa kitaran haid (menstrual cycle), tahap hormon progesterone dan estrogen akan berubah-ubah, dan menyebabkan terjadinya water retention, ‘bengkak’ di bahagian abdomen (perut) dan rasa kembung. Disebabkan ini juga, berat badan disebabkan air meningkat sewaktu kitaran ini.

 

Cara mengurangkan kembung/bloating

  1. Elak makanan yang bergaram

Peningkatan sodium (garam) boleh meningkatkan jumlah air di badan individu dan seterusnya berlakunya water retention. Mengikut American Heart Association, seseorang individu perlu mengambil sekurang-kurangnya 1,500 miligram garam setiap hari.

Cara untuk mengelakkan mengambilan garam yang berlebihan adalah cuba elak mengambil makanan berproses atau makanan segera (fast food) yang mengandungi kandungan garam yang tinggi. Lebihkan masakan rumah yang menggunakan makanan segar.

 

  1. Minum air yang banyak

Air memain peranan yang tinggi dalam fungsi badan. Dalam hal ini, pengambilan air yang mencukupi dapat membantu mengurangkan bloating. Secara ringkasnya, lebih banyak pengambilan air, lebih kurang rasa kekembungan.

 

  1. Makan makanan yang tinggi dengan potasium

Mengikut kajian, penurunan potassium dan peningkatan pengeluaran air kencing. Pengambilan potassium, dapat membantu mengurangkan water retention (pengekalan air) dan sekali gus mengurangkan kembung perut.

 

Antara makanan yang tinggi dengan potassium adalah;

  • Ubi keledek (sweet potato)
  • Pisang
  • Tomato
  • Bayam

 

  1. Bersenam

Mengikut kajian yang dibuat pada 2013, mengekalkan gaya hidup yang sihat atau melakukan senaman dengan sederhana (regularly) dapat membantu mengurangkan sindrom pramenstruasi (PMS).

Selain itu, melakukan senaman bukan sahaja dapat membantu membuang cecair dan gas yang berlebihan di dalam badan tetapi juga dapat membantu mengurangkan rasa kekejangan (cramp) dan memberi rangsangan endorphin.

 

  1. Menggunakan haba

 

 

Haba merupakan ‘ubat’ yang effektif sewaktu haid. Menggunakan heating pad (pad pemanas) yang boleh didapati di mana-mana kedai dapat membantu mengurangkan rasa kembung dan juga cramp (kekejangan) perut. Mengikut kajian pada tahun 2012, penggunaan haba pada 40°C (104°F) membantu mengurangkan kembung seperti mana penggunaan ibuprofen. Alternatif lain yang boleh digunakan selain heating pad adalah minyak panas, mandi dengan air yang panas atau menggunakan tuala panas dan letakkan di bahagian abdomen (perut).

 

Entri: Min (@minzejxmin)