Posted on

Adakah Makanan Segera Menggemukkan?

Soalan yang agak lawak jika didengar, kerana ramai dah tetapkan hati dan minda untuk soalan begini. Adakah memakan makanan segera boleh menyebabkan anda gemuk? Dan, tidak disangkal lagi, ramai pasti bersetuju. Admin sendiri bersetuju, tetapi bersyaratnya.

 

Admin tanya anda, kalau anda makan pizza hari ini, esok gemuk tak? Atau, kalau anda makan donut coklat petang tadi, malam nanti gemuk tak?

 

Anda tak akan gemuk dengan memakan makanan segera, makanan kegemaran anda, dan apa-apa makanan lain yang anda sangka akan menggemukkan. Anda boleh makan tanpa risau tentang kegemukan.

 

“Biar betul Admin ni… dah masuk air ke?”

 

Sebab itu, Admin kata Admin bersetuju dengan syarat. Memang makanan segera boleh menyebabkan kegemukan… KALAU (sengaja dibesarkan) anda konsisten makan makanan segera sehingga terlebih daripada keperluan anda.

 

Sama sahaja dengan makanan-makanan lain. Makan nasi tak menggemukkan, makan ayam tak menggemukkan, minum manis tak menggemukkan. Jadi, apa yang menggemukkan? Memakan semua itu secara berlebihan!

 

Makan pizza tak akan menyebabkan anda gemuk esoknya. Makan pizza setiap hari berkotak-kotak boleh mengundang pada kegemukan.

 

Konsep yang anda kena pegang apabila berkaitan dengan turun naik berat badan adalah keperluan kalori harian. Selagi mana anda menjaga nilai kalori, anda dapat kawal berat badan. Jenis makanan tidak mempengaruhi angka berat badan, tetapi kuantiti makanan yang anda ambil itu lebih penting.

 

Orang kata makan ayam tak menggemukkan sebab ia protein. Tahukah anda, 1g protein sama sahaja nilai kalori dengan 1g karbohidrat, dan kalau anda terlebih makan ayam (macam orang terlebih makan nasi), sama sahaja boleh menggemukkan.

 

Jangan salah faham, ini bukan entri untuk menghalalkan anda makan makanan segera secara sesuka hati. Admin nak tegaskan yang bukan salah makanan yang menyebabkan anda gemuk, tetapi diri anda sendiri yang tak dapat kawal kuantiti makanan yang anda makan.

 

Lagi satu, jangan seksa diri dengan memakan makanan anda tak suka semata-mata nak diet turunkan berat badan. Orang putih kata, “enjoy life a little”, dan jangan sampai abaikan keluarga serta rakan-rakan kerana anda tengah diet.

 

Mujurlah makanan meal prep Medofu sedap-sedap belaka, mampu milik lagi tu! Jangan lupa untuk dapatkan meal prep sampai depan pintu rumah, sekarang!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)