Posted on

Glosari Dunia Fitness

Tidak ramai tahu dan faham ‘slang-slang’, terma atau bahasa yang digunakan dalam dunia fitness. Istilah atau slang ini sering dikatakan/diucapkan di dalam gym mahupun golongan-golongan mereka yang aktif di dalam fitness. Bagi yang baru atau beginner, anda  wajib tahu isitlah ini supaya anda tidak keliru dan faham apabila rakan segym anda berbicara!

 

  1. Reps

Reps atau nama panjangnya repetition, ialah ulangan. Ulangan ini bermaksud berapa kali yang anda lakukan sesetengah latihan.

Seperti contoh;

12reps bicep curl bermaksud anda melakukan 12 kali ulangan bicep curl di dalam satu tempoh.

 

  1. Set

Set bermaksud berapa kali anda akan ulang latihan/exercise dengan ulangan reps.

Sebagai contoh;

Anda melakukan bench press selama 12reps dan rehat. Selepas itu anda teruskan lagi dengan 12reps dan teruskan lagi dengan 12reps setelah berehat. Anda telah Berjaya melakukan 3set dengan 12reps bench press.

*tips untuk membaca sets/reps

Selalunya jika anda membaca atau membina program untuk diri anda, cara yang terbaik untuk mengenal pasti dan di mana terletaknya set dan reps adalah;

3SET x 12REPS

Set berada di hadapan, ‘x’ bermaksud of atau ‘ialah’ dan reps berada di belakang. Jika diberi contoh dengan latihan squat, anda perlu melakukan 3set of 12reps of squat.

 

  1. Bulking

Popular dikalangan ahli bina badan, bodybuilders, bulking bermaksud berada di dalam kalori surplus iaitu menambahkan pengambilan kalori lebih dari membakar kalori dengan niat untuk menaikkan berat badan, membina jisim otot, size dan kekuatan.

Fasa bulking ini juga menaikkan juga jumlah peratus lemak badan (bodyfat percentage). Tempoh bulking adalah bergantung kepada matlamat individu tersendiri.

 

  1. Cutting

Berlawanan dengan bulking, cutting bermaksud berada di dalam kalori deficit atau lebih sedikit dari pembakaran kalori dengan berniatkan untuk menurunkan berat badan, kandungan lemak badan (bodyfat) dan size.

  1. Pump

Secara teknikalnya bukan pam angin tayar, tetapi satu kejadian dimana darah-darah mengalir masuk ke dalam otot-otot dan sekali gus membuat anda rasa seolah olah di-pam atau burn di otot yang anda latihkan. Punca kejadian ini berlaku adalah disebabkan intensity latihan. Sebagai contoh, jika anda membuat latihan bicep dan tricep, selepas latihan anda pasti rasa lengan anda seolah-olah di pam dan size lengan anda akan kelihatan lebih besar kerana aliran darah di dalam otot anda.

Jangan risau, kerana pump ini adalah petunjuk yang baik kerana anda mencapai muscle-mind connection dan tahap intensi latihan. Size otot dan rasa pump ini juga akan kembali normal dan berkurang setelah anda cool down atau bergantung kepada waktu.

Ini adalah antara senarai contoh istilah-istilah yang sering dibualkan di dalam dunia fitness, di dalam mahupun di luar gym. Harap ia dapat membantu anda untuk memahami dan lebih senang berkomunikasi dengan isitlah ini sewaktu anda bersemuka dengan mana-mana rakan seperjuangan fitness anda.

 

Entri: Min (@minzejxmin)