Posted on

Senaman Bodyweight Terbaik Untuk Mula Fitness

Bukan semua orang mampu pergi ke gym, tetapi jangan jadikan itu sebagai alasan anda untuk tidak bersenam dan lakukan perubahan diri! Tak pernah lagi ada peraturan yang menyatakan anda kena bersenam hanya di gym.

 

Oleh itu, mari kita lihat beberapa senaman yang sangat sesuai diamalkan bagi mereka yang baru nak mula fitness!

 

Push Up

Senaman ini mensasarkan otot dada, triceps, dan bahu di samping menguatkan otot core anda. Kalau cara ini susah, gunakan variasi yang lebih mudah, iaitu dengan meletakkan lutut di lantai.

 

Crunches

Crunches pula mensasarkan otot rectus abdominis, atau lebih dikenali sebagai otot six-pack. Admin galakkan anda lakukan senaman ini dengan meletakkan tangan di dada daripada letak tangan di belakang kepala.

 

Leg Raise

Senaman leg raise akan mencabar kekuatan mental anda. Ia melatih otot core dengan begitu berkesan sekali. Syaratnya, apabila anda turunkan kaki, jangan sampai kena lantai, kemudian naikkan semula kaki. Semoga berjaya!

 

Mountain Climbers

Dikira sebagai senaman kardio campur senaman menguatkan segala otot dalam badan. Buat beberapa ulangan dan anda akan mula berpeluh. Lajak lagi beberapa set, anda akan rasa macam nak berhenti bersenam. Tetapi, jangan ikutkan hati.

 

Squat

Senaman yang digemari ramai wanita kerana kebolehannya untuk membentuk tubuh badan yang cukup langsing. Lelaki juga kena lakukan senaman ini untuk membentuk otot kaki yang mantap!

 

Untuk permulaan, cuba lakukan setiap senaman ini selama 1 minit. Maksudnya, senaman pertama 1 minit, pergi ke senaman kedua 1 minit, dan seterusnya. Ulang sebanyak 3 kali. Maksudnya, anda dah workout selama 15 minit untuk hari pertama. Buat 3 kali seminggu, kemudian tambahkan ulangan menjadi 4 kali. Dan, tambah lagi apabila anda dah bertambah kuat.

 

Jika anda mahukan lebih banyak informasi kecergasan dan panduan bagi memulakan langkah transformasi, Medofu adalah tempat yang anda cari.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)