Posted on

Berhenti Buat ‘Dosa’ Gym Ini

Gym, gymnasium merupakan tempat untuk bersenam, bina kekuatan, muscle, keyakinan diri dan mungkin buat kawan baru. Tetapi, tahukah anda masalah dan cara beretika di dalam gym dengan betul?

Kali ini kita tebus ‘dosa-dosa’ dan etika gym yang anda perlu tahu.

  1. Penggunaan telefon bimbit

Adatlah untuk menggunakan telefon bimbit sewaktu berehat untuk menunggu untuk ke set seterusnya. Tidak salah, tetapi jika ia sehingga mengambil lebih banyak masa sehingga menggangu prestasi anda atau pandangan pengguna gym lain yang menunggu giliran untuk menggunakan peralatan, anda mungkin kena awasi penggunaan anda. Seeloknya pastikan workout anda cukup intense sehingga sewaktu berehat anda hanya focus untuk recovery untuk set ke seterusnya.

 

  1. Tidak lap peralatan selepas guna

Tipikal masalah di gym, bangku dan peralatan gym habis basah lencun dengan peluh pengguna yang tidak bertimbang rasa. Apa kata, selepas ini mulakan tabiat dengan membawa kain lap anda sendiri dan lap, tidak kira anda berpeluh atau tidak. Jangan jadikan tabiat ini sebagai satu perkara normal. Tidak semua suka peluh anda, dan jatuhlah imej anda sebagai seorang abam/kakak sado.

Tips: Kebanyakkan gym ada sediakan kain dan spray untuk pengguna. Jika tiada, jangan segan untuk minta di kaunter gym. Mereka pasti membantu.

 

  1. Tidak meletakkan balik peralatan (Re-rack weights)

Tidak kisahlah sama ada plate, dumbbell atau barbell, jadilah pengguna yang bertimbang rasa dengan meletakkan balik peralatan di tempat asal. Tidak semua pengguna gym sekuat anda. Ia bukan sahaja melecehkan untuk pengguna seterusnya untuk mengemaskan balik, tetapi juga time consuming. Next time, jika anda mahu beralih ke peralatan seterusnya, behenti dan letak balik. Ingat prinsip mudah ini, “If you are too strong to lift it, you are too strong to re-rack it”

 

  1. Kebersihan diri

Awasi kebersihan diri anda sewaktu di gym. Lagi-lagi jika workout anda adalah sangat intense. Pakai pakaian bersih, pertimbangkan jumlah deodorant atau minyak wangi yang anda pakai sebelum bersenam. Tidak lupa juga untuk awasi peluh anda, bawa tuala kecil untuk lap peluh anda. Mana tahu, sambil-sambil anda bersenam anda mungkin berjumpa dengan potential gym partner.

 

  1. Melonggokkan barang di peralatan gym

Ada sesetengah pengguna suka meletakkan barang mereka di bangku atau peralatan gym. Tuala, headphone, botol air, tali pinggang, wrist wrap, kalau boleh sehingga baju tukar sekali. Majoritinya, di semua gym ada meletakkan locker untuk pengguna meletakkan barang. Jadi, gunalah locker yang diberi untuk pengguna dengan sebaik-baiknya. Jangan susahkan pengguna lain untuk tegur anda untuk alihkan barangan anda.

Akhir kata, jadilah pengguna yang bijak dan beretika. Pastikan gym menjadi tempat yang selesa untuk semua orang bersenam. Kasi sama-sama win!

 

Entri: Min (@minzejxmin)