Medofu Kitchen

Log In

Apabila anda beraktiviti lasak, badan anda akan berkerja keras semasa anda lakukan gerakan-gerakan pantas. Otot anda akan mengerah tenaga untuk melakukan pergerakan tersebut. Kerahan tenaga tersebut akan naikkan kadar degupan jantung.

 

Kenapa degupan jantung anda meningkat? Sebab, jantung anda kena berkerja lebih untuk mengalirkan darah yang digunakan semasa aktiviti itu. Ia menghantar darah baru dan membawa darah yang telah digunakan untuk “ditapis”.

 

Ada masa, badan anda berasa “kembang”, biasanya pada bahagian kaki apabila anda berlari anda lakukan squat. Ini berlaku sebab darah sedang meluru masuk ke dalam otot yang sedang menguncup dengan pantas, sampaikan ia kembang dengan darah.

 

Otot yang sedang “sibuk” tak dapat gunakan oksigen sepenuhnya untuk tujuan penjanaan tenaga. Jadi, ia mencipta tenaga melalui proses lain. Itu, kita dah masuk ke bahagian aerobik dan anarobik. Mungkin lain kali kita boleh cerita?

 

Kedua-dua jenis senaman (aerobik dan anarobik) meningkatkan metabolisme badan kerana badan akan berkerja lebih semasa beraktiviti. Tetapi, yang mana agaknya meningkatkan metabolisme dengan lebih tinggi dan berkesan? Jawapannya, senaman anarobik.

 

Apa-apa sahaja yang anda buat dalam masa singkat (bawah 2 minit) dan menyebabkan anda tercungap-cungap, itu adalah anarobik. Naik tangga, berenang, berlari, angkat besi dalam gym, semua menuju ke arah senaman anarobik. Dan, senaman tinggi intensiti begitu akan tingkatkan kadar metabolisme anda selama 72 jam selepas anda habis berlatih.

 

Admin nak share beberapa rutin senaman mudah yang boleh dilakukan dalam 15 minit untuk tingkatkan metabolisme yang akan terus naik untuk masa yang agak lama. Jadi, anda akan bakar kalori dengan lebih lama dan banyak walaupun bersenam sekejap sahaja!

 

Malah, tak perlu lakukan lebih daripada satu senaman pun. Sebagai permulaan, Admin nak anda lakukan jumping lunges.

Image result for jumping lunges

Pastikan badan anda tegak semasa lakukan senaman ini. Lompat tak perlu tinggi, cukup sekadar nak tukar kaki kiri dan kaki kanan. Lakukan selama 1 minit, dan rehat pula lagi 1 minit. Ulang selama 15 minit. Maksudnya, akan ada 8 pusingan anda bersenam, dan 7 pusingan rehat. Sasarkan lebih 45 loncatan setiap pusingan.

 

Kalau anda mahukan lebih banyak panduan dan juga servis penyediaan makanan serta penghantaran sampai ke destinasi pilihan anda, apa kata anda ikuti kami di Medofu, penyedia makanan diet terbaik di Malaysia!