Ramadhan tiba lagi! Musim yang bagus untuk mereka yang ingin kurangkan berat badan, bodyfat dan kekalkan current berat badan dan fizikal. Atau bagi saya Summer shredding versi muslim.
Ramai yang risau akan kehilangan ‘gains’ sewaktu di bulan mulia ini kerana berpuasa dalam tempoh yang lama, buat anda rasa restrict untuk bersenam dan tiada tenaga untuk melakukan aktiviti.
Jadi, sempena di bulan Ramadhan, ini adalah beberapa tips yang anda perlu, cuba buat untuk survive!
- Bersenam 2 jam sebelum berbuka
Haa? Boleh ke bersenam sebelum berbuka dengan tiada tenaga yang mencukupi?
Boleh. Bagi yang belum pernah cuba, melakukan latihan sewaktu berpuasa adalah lebih bertenaga berbanding melakukan latihan di hari biasa. Selain itu, badan kita akan menggunakan lemak yang ada sebagai punca tenaga which is bagus untuk meningkatkan proses pembakaran lemak dan sekali gus membantu untuk menurunkan berat badan dan bodyfat. Sewaktu berbuka, consume karbohidrat dan protein yang mencukupi untuk repair balik otot yang digunakan sewaktu bersenam.
- Utamakan latihan kompaun
Untuk mengelakkan kehilangan jisim otot/muscle mass dan kekuatan (untuk mereka yang utamakan strength), utamakan latihan kompaun seperti deadlift, squats, dan bench press dengan sets dan reps seperti 5×5, 3×5. Fokus untuk kekalkan kekuatan untuk mengurangkan peluang kehilangan kekuatan dan muscle mass. Bagi yang masih ingin ‘chase the pump’ seperti bicep curl, tricep pulldown di lengan, tidak mengapa, lakukan selepas latihan kompaun.
- Elakkan kardio
Melainkan anda ingin tingkatkan tahap endurance anda, cuba elakkan kardio yang berlebihan seperti jogging dan lari. Bagi atlet sukan, kekalkan dengan latihan yang sedia ada untuk anda. Cuba untuk kekalkan prestasi anda sewaktu berada di bulan mulia ini. Dan bagi mereka yang suka cardio yang sederhana, anda boleh cuba skipping rope, shadow boxing dan short circuit.
Akhir kata, cuba kekalkan kesederhanaan latihan dan diet sewaktu berada di bulan Ramadhan ini. Yang penting, konsistensi. Gunakanlah bulan ini sebaik mungkin untuk capai matlamat anda. Selamat berpuasa!
Entri: Min (@minzejxmin)