Medofu Kitchen

Log In

Selamat hari raya! Sudah puas semuanya beraya? Alhamdulillah. Kini mari kita kembali ke realiti. Mana-mana yang sudah kembali ke kota dan kembali ke rutin asal, tahniah. Mm tetapi bagaimana bagi mereka yang sudah lari dari track asal? Tidak mengapa! Mari ikuti tips langkah senaman dan diet selepas raya.

1. Kurangkan kalori

Sudah semestinya sewaktu hari raya kita menjamah jamuan tanpa mengira atau meng-agak berapa kalori. Tidak mengapa, hari raya adalah the ultimate cheat day. Jadi sewaktu kembali ke rutin asal, cuba perlahan-lahan kurangkan kalori anda dan kualiti makanan. Sebagai contoh, kurangkan makananan berminyak, garam dan makanan segera.

2. Kurangkan intensiti senaman

Sama seperti beginners atau bagi seseorang yang sudah lama tidak bersenam atau melakukan aktiviti fizikal, cuba lakukan full body workout. Bermaksud melakukan senaman yang ‘tackle’ semua bahagian otot anda, dari back, chest, shoulder, legs dan lengan (arms).

Anda boleh melakukan kedua-dua cara, di dalam gym mahupun bersenam di rumah menggunakan bodyweight anda. Mulakan dengan kardio ringan seperti berjalan atas treadmill atau berjalan selama 10 minit baru lakukan senaman. Dari segi gaya senaman, anda boleh cuba stail bodybuiding (beban rendah, reps tinggi) ke gaya circuit, terpulang kepada individu masing. Yang penting, low intensiti.

Ini adalah untuk mengelakkan badan anda untuk tidak ‘terkejut’ dan cedera setelah sekian lama tidak bersenam. Ambil masa anda untuk perlahan-lahan ‘pick up’ tahap kecergasan anda sebelum kembali ke intensiti kebiasaan anda.

3. Open house- Perlu hadir ke tidak?

Semestinya! Tetapi, jangan disebabkan anda kembali ke diet anda, anda tepis semua jemputan rumah terbuka. Bertenang. Tetapi, tidak semestinya juga anda hadir anda harus langgar apa sahaja anda makan.

Ketika menjamu selera, cuba kekalkan pemakanan seimbang. Bagaimana? Hand portion!

Gunakan tips mudah ini untuk kekalkan pemakanan seimbang di atas pinggan anda. Lebihkan protein seperti daging dan cuba berpada-pada dengan kuah-kuah kacang. Bagi kuih raya, cuba hadkan pemakanan, ambil kuih raya yang anda belum pernah cuba atau yang kelihatan menarik.

Ini antara tips-tips mudah untuk bantu anda kembali back on track. Semoga bermanfaat dan selamat berjaya!

Entri: Min (@minzejxmin)