Antara mitos besar dan popular yang sering dikatakan kepada wanita ialah, wanita tidak boleh mengangkat berat atau weights disebabkan takut badan mereka akan merupai lelaki sado atau bulky. Oleh itu, ramai yang elak dari menggunakan dumbbell, barbell di gym dan lebih ramai suka menghabiskan masa berjam-jam di atas treadmill dan mesin kardio. Good news! Mitos ini ialah 100 peratus salah dan anda tidak perlu takut. Kenapa? Mari kita huraikan;
Perbezaan hormon yang ketara
Seperti yang kita tahu, kedua-dua lelaki dan wanita menghasilkan hormon testosteron. Perbezaannya adalah jumlah. Lelaki lebih banyak menghasilkan testosteron manakala wanita hanya menghasilkan dalam 5 hingga 10 peratus sahaja. Dalam proses pembinaan otot, testosteron adalah salah satu faktor yang memainkan peranan yang penting. Semakin banyak jumlah testosteron, semakin banyak pembinaan otot.
Jika kita aplikasikan ini kepada wanita, ia amatlah sukar untuk proses ini berlaku. Malahan pula, pembinaan otot dalam kalangan wanita adalah lebih perlahan. Kecuali, anda mengambil steroid anabolik seperti testosteron. Pembinaan otot ini tidak akan mengubah fizikal anda menyerupai seperti lelaki, namun masih mengekalkan rupa feminin disamping dapat membentuk badan anda menjadi lebih toned atau curve.
Bagaimana dengan wanita yang bersenam tetapi fizikalnya masih besar seakan akan bulky?
Bagi perspektif ini, kita boleh mengandaikan bahawa mereka berada di dalam fasa bulking, mempunyai kandungan lemak/bodyfat yang tinggi, atau mungkin goal mereka adalah untuk membina kekuatan. Jadi aesthetic atau rupa fizikal bukan satu keutamaan bagi mereka.
Antara kelebihan mempunyai otot atau lean muscle;
1- Membina kekuatan
2- Meningkatkan metabolisma
3- Membakar lebih banyak kalori
4- Meningkatkan fatloss
5- Mengurangkan selulit
6- Membina tulang yang kuat
7- Menguatkan sendi
Akhir kata, berhenti menghabiskan masa di atas treadmill atau mesin kardio dan start breaking the myth. Start lifting weights dan bina lean muscle. Cari satu program yang sesuai dengan matlamat anda dan pastinya anda akan kagum dengan pencapaian anda. Selamat mencuba!
Entri: Min (@minzejxmin)